Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lukisan bawah blok bantu penduduk Alzheimer pulang ke rumah

Jun 15, 2021 | 12:01 PM



SEJAK Mac 2019, 37 tembok di 10 blok flat HDB di estet kejiranan Kebun Baru telah dihias dengan lukisan berbeza-beza bagi membantu penduduk di situ yang semakin menua mencari jalan pulang ke rumah mereka.



Projek tersebut, diketuai oleh Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA), bertujuan membantu warga yang menghidap demensia lebih mengenali sekitaran mereka dan berjalan dengan lebih berdikari, kata konsultan ADA, Cik Mary-Ann Khoo.



Persatuan tersebut telah bekerjasama dengan sukaralewan akar umbi Kebun Baru untuk mengenal pasti blok HDB yang mempunyai bilangan penduduk tua yang tinggi, katanya.



Penduduk yang menghidap demensia juga telah didekati bagi projek itu, menurut The Straits Times.



"Misalnya, sebahagian daripada mereka berkata jika semua tembok di kolong blok dicat dengan lukisan, ia akan mengelirukan mereka dan tidak membantu dalam mencari jalan pulang," kata Cik Khoo.



Oleh itu, tempat-tempat strategik bagi lukisan-lukisan tersebut telah dipilih dan desain lukisan juga tidak kompleks dan dapat dikenal pasti dengan mudah.



Selain itu, nombor blok dicat lebih kecil berbanding lukisan.



"Apabila demensia semakin meningkat, seseorang itu boleh lupa nombor blok mereka atau urutan nombor.



"Itu sebabnya fokus mesti diletakkan pada lukisan dan bukan nombor blok untuk mengelak daripada sebarang kekeliruan," jelas Cik Khoo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >