Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lulusan cemerlang NTU tawar tuisyen matematik percuma

Oct 28, 2020 | 05:30 AM



RINTIHAN pelajar yang tidak mampu melunaskan yuran tuisyen menjentik hati pengasas sebuah pusat pendidikan matematik setempat, Encik Mohamed Irfan Mohamed Musthapa.



Menurut pemilik Pusat Pendidikan MasterMaths itu, pendapatan keluarga pelajar sedemikian terjejas ekoran pandemik Covid-19.



Justeru beliau bertindak menyediakan kelas bimbingan subjek itu secara percuma menerusi kaedah dalam talian Zoom sepanjang tahun depan bermula minggu pertama Januari.



Tuisyen percuma itu disediakan buat pelajar yang bakal menghadapi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan Peperiksaan GCE peringkat 'O'.



"Sesiapa pun boleh mencapai kejayaan tetapi mereka harus memiliki gaya pemikiran atau mindset yang betul dan usaha yang mantap. Gaya pemikiran sebaiknya adalah berteraskan kemajuan dan tidak berada di dalam takuk sama.



"Sudah tiba masanya kita sebagai satu masyarakat mempertingkat status pendidikan bersama. Keutamaan kita dalam hidup perlu diubah," ujar Encik Irfan, 31 tahun, ketika ditemui baru-baru ini.



Menurutnya, kelas pelajar PSLE akan berlangsung setiap Rabu selama sejam setengah. Antara topik yang diajar nanti ialah fractions, peratusan, nisbah dan strategi menghadapi peperiksaan.



Kelas pelajar GCE peringkat 'O' turut berlangsung selama sejam setengah tetapi diadakan pada Khamis. Topik yang akan diketengahkan ialah persamaan algebra (algebraic equations), pemfaktoran (factorisation), trigonometri dan vektor. Strategi peperiksaan turut dikongsi.



Disebabkan kelas diadakan secara dalam talian dan berkumpulan, beliau tidak meletakkan had kepada jumlah pelajar yang ingin mengikutinya.



BERHENTI KERJA DEMI MASYARAKAT



Sebelum ini, Encik Irfan bertugas di jabatan penjualan syarikat petrokimia dunia ExxonMobil cawangan Singapura di HarbourFront.



Beliau bekerja di sana setelah tamat pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia dan biomolekular dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 2014.



Pada lewat 2016, beliau nekad meletakkan jawatan untuk menubuhkan Pusat Pendidikan MasterMaths. Pusat dua bilik darjah itu bertempat di tingkat satu Blok 672A Klang Lane, Serangoon. Lokasinya terletak antara stesen MRT Farrer Park dengan Little India di Laluan Timur Laut (NEL). Cawangan MasterMaths bertempat di Little India Arcade, juga di Serangoon Road.



Setakat ini, pusat itu sudah membantu sekitar 600 pelajar berusia 10 hingga 17 tahun dari peringkat Darjah Empat hingga Menengah Lima. Mereka datang dari serata negara dan daripada latar belakang, bangsa dan agama berbeza.



"Sewaktu bekerja sepenuh masa, saya tidak mampu berkongsi perjalanan saya yang berliku itu.



"Ketika berada di peringkat menengah satu, kedudukan saya dalam kelas ialah lima tertinggi - tetapi dari bawah! Gred subjek Matematik saya hanya D7.



"Ada yang meragui keupayaan saya bahkan menyuruh saya menumpukan perhatian terhadap bidang di luar cakupan akademik. Saya mencabar diri saya. Akhirnya, saya berjaya merangkul gred A1 bagi Matematik dan kejayaan seterusnya pada peringkat pascamenengah dan varsiti," ujar bapa seorang anak perempuan berusia tujuh bulan itu.



Pendaftaran boleh dilakukan dengan melayari laman Facebook PSLE to "O" Level Maths Made Simple with MasterMaths. Orang ramai juga boleh menghubungi Encik Irfan secara langsung menerusi talian 8657-3002 atau e-mel irfan@mastermaths.com.sg.



"Dalam subjek Matematik, pelajar harus mengenal pasti masalah yang terkandung seperti menambah atau mengurangkan lalu mengaplikasikan konsep.



"Saya ingin memberitahu pelajar bahawa terdapat sokongan di luar sana. Saya berharap anda mampu mencapai impian dan sekolah impian anda," ujarnya.



Pendaftaran boleh dilakukan dengan melayari laman Facebook PSLE to "O" Level Maths Made Simple with MasterMaths 



https://www.facebook.com/groups/1869119486665727/




"Sesiapa pun boleh mencapai kejayaan tetapi mereka harus memiliki gaya pemikiran atau mindset yang betul dan usaha yang mantap. Gaya pemikiran sebaiknya adalah berteraskan kemajuan dan tidak berada dalam takuk sama. Sudah tiba masanya kita sebagai satu masyarakat mempertingkat status pendidikan bersama. Keutamaan kita dalam hidup perlu diubah."
- Encik Mohamed Irfan Mohamed Musthapa, pengasas Pusat Pendidikan MasterMaths dan lulusan ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama NTU.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >