Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M³ berusaha sokong pekerja dalam sekitaran kerja berubah pascapandemik

Masagos: Dengan norma bekerja dari rumah, industri termasuk pengangkutan, pejabat dan hartanah akan terjejas
Dec 12, 2021 | 05:30 AM



M Kuasa Tiga (M³) sedang bekerjasama dengan rakan kongsinya bagi menyokong pekerja dalam pekerjaan dan daya kerja mereka sedang sekitaran dan keadaan kerja dijangka berubah dengan mendadak dalam dunia pascapandemik Covid-19.



Dengan permintaan menjadikan bekerja dari rumah sebagai satu norma, dan syarikat besar seperti Google telah menerimanya sebagai realiti, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beberapa industri, termasuk pengangkutan, pejabat dan hartanah akan terjejas.



"Semua orang dalam industri tersebut lebih baik mengambil perhatian dan dilatih untuk berpindah ke dalam industri yang sedang berkembang," kata Encik Masagos dalam satu wawancara yang mengongsi perkembangan masyarakat Melayu/Islam sepanjang 2021.



Wawancara itu turut disertai pemegang jawatan politik Melayu/Islam lain, termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Menurut Encik Masagos, M³, yang menggabungkan tenaga dan kepakaran tiga aset penting masyarakat - Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - sedang bekerjasama dengan rakan kongsi strategik seperti Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bagi memanfaatkan keupayaan pemimpin kesatuan Melayu/Islam memberi sokongan terakhir dalam memadankan pekerjaan kepada pencari kerja Melayu/Islam.



Pemimpin kesatuan itu akan membantu memadankan pencari kerja kepada pekerjaan yang diperlukan dalam sektor yang sedang berkembang.



Mereka juga akan membantu pekerja dalam industri yang merosot untuk beralih kepada latihan dan meletakkan mereka dalam pekerjaan yang tepat.



"(Ini) supaya mereka tidak terjejas tanpa sedar apabila industri sedemikian mula surut atau tutup. Ini akan menjadi, saya percaya, masalah yang sangat besar pasca Covid-19," kata Encik Masagos.



Sebelum ini, M³ telah bekerjasama dengan NTUC bagi menganjurkan pameran kerjaya maya untuk wanita kembali bekerja atau Back-To-Work Women (BWW) dengan menawarkan lebih 500 kerja kosong dengan aturan kerja fleksibel, termasuk masa bekerja yang dikurangkan agar wanita sedemikian dapat memburu kerjaya di samping melaksanakan tanggungjawab pengasuhan mereka.



Bagi golongan wanita yang sukar mendapat kerja disebabkan tanggungjawab itu, Encik Fahmi berkata M³ sedang bekerja rapat dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) untuk memberi mereka peluang mempelajari kemahiran keusahawanan agar dapat berniaga dari rumah dan meraih pendapatan untuk keluarga.




"Semua orang dalam industri tersebut lebih baik mengambil perhatian dan dilatih untuk berpindah ke dalam industri yang sedang berkembang."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.




Mengimbas perkembangan masyarakat Melayu/Islam 2021:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >