Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENINJAU PENCAPAIAN MASYARAKAT SEPANJANG 2023

M³ mahu belia pikul peranan kepimpinan melangkaui masyarakat Melayu setempat

Dec 03, 2023 | 05:30 AM



Bidang tumpuan ketiga (FA3) M Kuasa Tiga (M³) mahu membangunkan keupayaan di kalangan belia Melayu/Islam agar mereka dapat menembusi kepimpinan dalam ruang melangkaui masyarakat Melayu setempat ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Demikian dinyatakan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, ketika memberi perkembangan tentang bidang tumpuan yang diterajuinya itu dalam satu wawancara pada 29 November.

“Selain melihat kepimpinan dalam ruang MMO (Pertubuhan Melayu/Islam), ia juga mengenai perwakilan kepimpinan dalam ruang lain. Dan saya agak berbangga untuk menyatakan bahawa sebenarnya, kita mempunyai banyak perwakilan Melayu/Islam kita di panel belia.

“Apa yang kami mahu cuba lakukan di FA3 juga adalah untuk membangunkan keupayaan supaya mereka dapat menembusi kepimpinan dalam ruang lain. Ia bukan hanya tentang Melayu untuk Melayu tetapi bagaimana kita mencapai ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” kata Cik Rahayu.

FA3 bertujuan menyokong belia mencapai potensi penuh mereka untuk menjadi warga yang menyumbang secara aktif.

Ia mahu merapatkan belia kepada peluang untuk pembangunan berkaitan kerjaya dan peribadi, menghubungkan belia kepada karyawan atau belia lain yang boleh menjadi contoh, dan memperkasa belia untuk menyumbang kembali kepada masyarakat belia lain.

Antara program di bawah bidang tumpuan itu ialah Pejabat Pementoran Belia (YMO) yang bertujuan membangunkan dan memacu budaya pementoran yang kukuh dan aktif dalam masyarakat Melayu/Islam.

Lebih 300 mentor telah dilatih di bawah program itu pada 2023 yang kemudian dipadankan kepada lebih 1,150 menti.

Mentor ini dipadankan kepada pelbagai program M³ dan Mendaki seperti #amPowered@M³ Towns, Pementoran Mara oleh Kelab Mendaki dan pementoran korporat oleh MSD Pharma.

Secara keseluruhan, YMO telah melatih lebih 1,600 mentor yang membimbing dan membantu lebih 5,700 menti sejak ia ditubuhkan dalam Mendaki pada 2019.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, berkata YMO sedang dipertingkat untuk membangunkan kecekapan bukan hanya untuk Mendaki tetapi semua MMO dari segi cara membangunkan keupayaan pementoran.

Beliau juga berkata program Tunas Bersama M³, yang bertujuan memupuk generasi pemimpin MMO akan datang, bakal mula membangunkan kumpulan pemimpin yang kedua. Kumpulan pertama terdiri daripada 13 anggota yang perlu menjalani program 18 bulan.

“Kami melatih dan membangunkan pemimpin masa depan untuk MMO menerusi Mendaki. Saya harap ini akan merapatkan mereka, menjadikan mereka lebih terselaras dalam melangkah ke hadapan, dan menjadi pemimpin yang cekap untuk mengendalikan MMO. Ini memberi manfaat kepada seluruh masyarakat,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >