Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UMRAH DIY

Madinah bercahaya

Aug 19, 2023 | 05:30 AM



HARI KEDUA 18 OGOS

[11.45 pagi] Saya dan Iz sedang menantikan azan zuhur di Masjid Quba. Hasrat kami untuk mendirikan solat Jumaat di sini.


Masjid ini dipercayai masjid pertama dibina di dunia semasa zaman Rasulullah saw. Berbeza dengan Masjid Nabawi yang sibuk dan dikunjungi ramai, keadaan agak berbeza di sini.


Kami menaiki bas Hop-on, Hop-off (Hoho) untuk ke masjid ini. Tak sangka pula perhentian bas Hoho di depan hotel saja.







Khidmat Hoho di Madinah ini mempunyai 2 laluan iaitu hijau dan merah. Kami ikut laluan merah, yang berhenti di 10 kawasan ziarah seperti tempat peperangan Uhud, Masjid Al-Qiblatain dan Masjid Quba, antara lain.

Tiket boleh dibeli melalui laman ‘city sightseeing’ dengan harga AS$21 ($30) dan boleh digunakan selama 24 jam. Penumpang bebas naik atau turun di mana-mana perhentian bas rasmi Hoho (berwarna merah).


Kalau terlepas bas, tak perlu risau. Kekerapan bas adalah setiap 30 minit. Yang penting, jangan hilangkan e-tiket atau tiket cetak, sekiranya anda mencetaknya.

Sementara itu, pembaca mungkin tahu, Masjid Al-Qiblatain dikenali sebagai masjid di mana Nabi Muhammad saw menerima wahyu untuk mengubah arah kiblat dari Baitulmakdis kepada Makkah.







Masjid ini dibina oleh Sawad ibn Ghanam ibn Ka’ab pada tahun 623 dan antara segelintir masjid di dunia yang mempunyai dua mihrab.

Okey azan hampir berkumandang. Nanti saya sambung lagi. – MZ
[7.35 pagi] Salam Jumaat semua! Saya akhirnya tiba di Madinah petang semalam dan berjaya bertemu dengan Muhaimin di Hotel Elaf Al Taqwa – tempat penginapan kami selama dua malam.







Awal pagi ini, kami berdua menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi yang berhampiran dengan hotel kami. Tak jauh pun, jalan kaki lebih kurang lima minit sudah sampai.

Apabila saya menjejak masuk masjid, tubuh saya diselubungi pelbagai emosi – gembira ada, sedih ada, teruja pun ada.

Suasana di masjid ikonik itu sungguh meriah dengan kehadiran para jemaah yang kelihatan tersenyum lebar dan tidak sabar melakukan solat.

Saya kagum bagaimana jemaah berbilang kaum dan bangsa bersatu untuk beribadah. Inilah detik yang saya sedar bahawa warna kulit dan bahasa pertuturan tidak penting. Masya-Allah, saya amat bersyukur untuk berada di sini.

Kami bercadang untuk melakukan ziarah selepas solat di Masjid Nabawi. – IZ
[7:30 pagi] Sungguhpun subuh, Masjid Nabawi tetap padat dengan jemaah yang ingin menunaikan solat bersama. Suasana begitu syahdu. Tapi pada masa yang sama, ia membakar tekad untuk melakukan ibadah sebaik yang termampu.


Sesudah subuh, saya dan Iz menjamu sarapan ala bufet yang disediakan di hotel. Nak hidangan Arab, Melayu, Barat, semua ada. 

Saya cuba sedikit sebanyak apa yang disajikan, termasuklah indung madu. Bagi saya ini hidangan belum pernah saya cuba. Kemanisannya memang tidak dapat diterangkan.

Dalam pada itu, kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengeluarkan panduan untuk memakai pelitup muka bagi jemaah di Makkah dan Madinah, di tengah-tengah penularan varian terbaru Covid-19 yang dikenali sebagai Eris.

Sungguhpun risiko rendah, kerajaan Arab Saudi melalui satu catatan rasmi media sosial memberi nasihat agar jemaah memakai pelitup “bagi melindungi anda dan orang lain daripada jangkitan penyakit”. – MZ




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >