Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UMRAH DIY

Salam dari Jeddah

Aug 18, 2023 | 05:30 AM



HARI PERTAMA: 17 OGOS

[12:20 tengah malam] Salam semua. Saya dan Izwandi sudah tiba di Jeddah selepas penerbangan lapan jam. Agak penat juga, kerana sudah lama tidak menaiki penerbangan ke tempat sejauh ini.


Selepas pesawat mendarat, kami berjalan ke kawasan pemeriksaan kastam dan alhamdulillah, dapat melepasi pemeriksaan kastam dan mengambil beg tanpa banyak masalah. Semuanya lancar!

Menyusuli itu, kami menaiki kereta sewa privet ke Hotel Warwick. Kami memilih hotel ini kerana ia berhampiran stesen kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Haramain. Kami cadang untuk menaiki kereta api HSR dari Jeddah ke Madinah selepas sarapan pagi nanti.

Buat masa ini, kami terlalu mengantuk. Rancangan saya setibanya di hotel adalah untuk mandi dan tidur. Selamat malam! – MZ
[12:30 tengah malam] Wah, tidak sabar saya hendak ‘stretch’ dan liukkan badan selepas penerbangan lapan jam. Muhaimin dan saya tiba di Jeddah pada 9.30 malam dan kini akan bermalam di Hotel Warwick sebelum berangkat ke Madinah dengan menaiki HSR Haramain pada 10.30 pagi. Muka saya sudah berminyak, mata pun sudah berat, jadi sampai di sini sahaja, selamat malam! – IZ
[12.50 tengah malam] Alamak! Ada blackout pula. Baru hendak mandi! Nasib saya belum sempat tanggalkan pakaian dan ada lampu dari telefon bimbit. Menyesal juga saya tidak hiraukan nasihat rakan kerja saya untuk membawa lampu suluh! Mujurlah saya berani orangnya. Tak tahu Muhaimin macam mana pula. – IZ
[1.30 pagi] Sebenarnya saya tertidur. Ingatkan hendak baring sahaja di katil, tetapi mata terlelap. Tidak sangka blackout pula. Harap Izwandi berani seperti saya. – MZ
[10.55 pagi] Selamat pagi semua! Nasib badan. Nampaknya saya keseorangan bagi perjalanan dari Jeddah ke Madinah. Rancangannya adalah kami pergi bersama tetapi Izwandi terbeli tiket yang salah. Apa dah... Beliau terbeli tiket bagi perjalanan 16 Ogos... wang tidak boleh dikembalikan.


Sebenarnya, ada dua jenis tiket kereta api yang dijual. Tiket kelas ekonomi dan tiket kelas bisnes.







Harga tiket kelas ekonomi ialah 145 riyal ($52). Harga tiket kelas bisnes pula 333.50 riyal. Tidak silap, Izwandi terpaksa beli tiket kelas bisnes kerana itu sahaja yang ada pada hari ini.

Kami harap Editor yang menghantar kami bagi tugasan ini – yang baik hati dan juga bersifat murah hati, dapat menaja tiket ini.

Sementara itu, kerana saya keseorangan dalam kereta api pada masa ini, mungkin saya boleh kongsi lebih lanjut mengapa kami pilih untuk bermalam di Jeddah dan pilihan hotel untuk berbuat demikian. Bagi yang ingin tahu, perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 90 minit.

Sebenarnya, kami bermalam beberapa jam di Jeddah kerana hendak merehatkan badan sebelum menunaikan umrah dan kami memilih Hotel Warwick kerana lokasinya yang berhampiran dengan stesen kereta api. Jika menaiki kenderaan, kami hanya perlukan lima minit untuk ke stesen kereta api dari hotel.

Kami juga boleh berjalan kaki. Namun, cuaca begitu panas dan kami memutuskan untuk menaiki kenderaan sahaja. Saya juga bersimpati terhadap Izwandi, yang tidurnya terganggu kerana blackout di hotel.


Bahang di sini boleh dirasai. Suhu sudah mencecah 35 darjah Celcius sekitar 9.30 pagi. Saya rasa macam boleh goreng telur di jalan raya! – MZ




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >