Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAEC antara rakan kongsi anjur kegiatan semarakkan Bulan Bahasa

Sep 09, 2017 | 05:30 AM



MENJAWAB soalan peribahasa, mengukir pantun, memberi pendapat dan bermain permainan tradisi seperti gasing dalam peraduan perlumbaan cabaran atau amazing race.



Acara, yang berbentuk kembara ilmu dalam bahasa Melayu itu, adalah sebahagian daripada acara Karnival Bulan Bahasa yang akan berlangsung Sabtu depan, anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Woodlands bagi menyokong Bulan Bahasa tahun ini.



Menurut pengerusinya, Cik Aisah Bakar, karnival itu akan mengetengahkan pelbagai unsur bahasa dan budaya menerusi persembahan gamelan, angklung, permainan wau bulan, penulisan Jawi, acara pantun, makanan tradisi dan ulam dan permainan seperti lereng dan amazing race.



Nilai budaya, adat resam dan unsur bahasa, jelasnya, akan disuntik menerusi pelbagai kegiatan di karnival yang bakal berlangsung dari 11 pagi hingga 3 petang di dewan serba guna Kelab Masyarakat Woodlands.



"Kami ingin tonjolkan suasana meriah dan semangat gotong-royong sambil menyokong dan menyemarakkan Bulan Bahasa.



"Kami mahu mereka berseronok sambil menguji dan belajar berkaitan bahasa menerusi teka-teki, pantun dan nilai yang berkaitan dengan masyarakat Melayu," kata Cik Aisah, seorang pendidik.



Acara melibatkan pelbagai peringkat umur, termasuk persembahan pelajar tadika dan dikir barat, itu adalah antara kegiatan sokongan yang diusahakan oleh rakan kongsi Bulan Bahasa tahun ini.



Menurut Cik Aisah, budaya dan bahasa itu ditonjolkan supaya pengunjung bukan Melayu dapat memahami masyarakat Melayu dengan lebih baik dan mengelak salah faham.



Bagi pengunjung Melayu pula, beliau mahu mereka tidak lupa malah membangkit semangat terhadap bahasa dan budaya Melayu.



Menurutnya, antara peserta gerai dalam karnival itu ialah novelis Rohani Din yang terkenal sebagai novelis ala penulis diari dalam siri Diari Bonda yang akan turut berkongsi tentang pantun dan teka-teki.



Sebuah gerai mengenai tulisan Jawi akan dijuga disediakan, dikendalikan oleh pelajar Madrasah Alsagoff.



Sementara itu, MAEC Gambas pula akan menganjurkan acara 'Gerbang Bahasa' pada 24 September, yang memaparkan budaya, bahasa, makanan dan tradisi Melayu.



Menurut pengerusinya, Encik Mohamad Saddiq Mohamad Sa'id, antara acara yang bermula pada 5 petang di Sekolah Menengah Northbrooks di Yishun itu ialah mengenai pantun - menerangkan kepada pengunjung bukan Melayu mengenai apa itu pantun dan berkongsi keindahannya dengan peserta Melayu.



Acara yang akan diadakan dalam bentuk teater itu bertujuan membantu mempromosi budaya dan bahasa Melayu sempena Bulan Bahasa. Ini termasuk satu lakonan ringkas melibatkan penyertaan seorang pelakon kulit putih yang diberi penerangan tentang budaya Melayu.



Jawatankuasa itu menjangka sekitar 400 orang akan hadir dengan 90 peratus daripadanya peserta Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >