Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahasiswa S'pura mahu lebih sokongan akademik dan sumber tangani isu mental: Tinjauan

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



MAHASISWA di Singapura ingin mendapatkan lebih sokongan akademik dan sumber untuk mempertingkat kesejahteraan mental.



Ini berdasarkan tinjauan kesihatan mental dari rangkaian antara universiti, Inter-University Network (IUN), dengan kerjasama kesatuan pelajar yang mewakili 65,000 pelajar dari lima universiti berautonomi Singapura.



Ini termasuk Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknonologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Universiti Tekonologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) dan kolej Yale-NUS.



Walaupun menyedari khidmat kauseling sedia ada di kampus, namun, mahasiswa dibelenggu rasa takut diri dinilai. Itu mendorong mereka untuk tidak mendapatkan sokongan di kampus dan sebaliknya memilih untuk menangani masalah mental mereka sendiri.



Laporan kesihatan mental UCare itu adalah daya usaha IUN.



Ia mengaitkan tiga tunggak yang menyokong kesejahteraan mental pelajar iaitu budaya, akademik dan sumber - Culture, Academics, and Resources (CARe).



Dari segi budaya di kampus, hampir setiap responden bersedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sokongan atau berada dalam kesusahan.



Dapatan itu mengenal pasti potensi pihak berkepentingan dalam ruang kesihatan mental untuk melabur dalam pendidikan.



Di samping itu, ia turut memperkasa golongan belia untuk mewujudkan budaya prihatin dan rasa belas ihsan dalam lingkungan masyarakat sekolah.



Tiga daripada empat responden mahukan lebih sokongan akademik seperti Grace Days, yang membenarkan kelewatan tarikh akhir bagi setiap tugasan.



Lembaga akademik boleh membenarkan pelajar autonomi dalam merancang laluan akademik mereka setiap semester.



Ini supaya pelajar dapat menguruskan beban tugasan dan tarikh akhir mereka dengan lebih baik.



Laporan UCare turut mengesyorkan pendidik fakulti supaya dilatih mengenal pasti tingkah laku berisiko dan tanda-tanda mental yang membimbangkan.



Responden juga berkongsi kekurangan maklumat yang diterajui inisiatif pelajar dan bengkel mengenai penjagaan diri dan kesihatan mental di kampus.



UCare mengusulkan fleksibiliti dalam lanjutan tarikh akhir untuk tugas akademik, dan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum.



Ia bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih empatetik.



"Daripada laporan ini, kami telah mengenal pasti apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki landskap kesihatan mental... sama ada melalui akademik, saluran sokongan atau budaya dalam universiti.



"Ini adalah permulaan perjalanan kami dan kami berharap untuk mewujudkan perubahan sihat dan nyata dalam masyarakat sarjana di Singapura," kongsi wakil Persatuan Pelajar, Universiti Nasional Singapura (NUSSU), Encik Nick Woo.




"Daripada laporan ini, kami telah mengenal pasti apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki landskap kesihatan mental... sama ada melalui akademik, saluran sokongan atau budaya dalam universiti.



Ini adalah permulaan perjalanan kami dan kami berharap untuk mewujudkan perubahan sihat dan nyata dalam masyarakat sarjana di Singapura."
- Wakil Persatuan Pelajar Universiti Nasional Singapura (NUSSU), Encik Nick Woo.




SEKILAS DAPATAN



Bilangan belia dalam universiti hari ini lebih tertekan.



Punca tekanan yang menjejaskan kesihatan mental:



  • Komitmen kerja dan belajar (89%)

  • Keyakinan diri (68%)

  • Prospek kerjaya selepas tamat pengajian universiti (64%)

  • Hubungan peribadi (64%)

  • Tanggungjawab (51%)

  • Situasi kewangan (41%)

  • Kesihatan fizikal (34%)

  • Pengalaman traumatik (30%)

Seramai sembilan daripada 10 responden meletakkan 'Komitmen Kerja dan Belajar' sebagai sumber utama mereka rasa tertekan.



Lebih tekanan pada pengajian berpunca daripada persekitaran persaingan yang kuat dihadapi oleh belia hari in di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >