Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PIAGAM WANITA

Mahkamah boleh kuat kuasa perintah akses kepada anak

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



MAHKAMAH kini akan mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan perintah akses kanak-kanak dengan lebih baik, terutamanya dalam kes di mana ibu bapa yang menjaga dan mengawal anak-anak menafikan bekas pasangan mereka akses kepada anak-anak.



Ini merupakan antara pindaan baru terhadap Piagam Wanita yang diluluskan di Parlimen semalam.



Ia termasuk beberapa langkah seperti kaunseling mandatori, pampasan untuk ditolak akses serta hukuman lebih berat seperti penjara dan denda akan dikenakan bagi ibu bapa yang menolak akses anak kepada bekas pasangan.



Di bawah pindaan baru itu, pasangan akan dididik tentang proses keibubapaan, pengantaraan, program terapeutik atau program sokongan keluarga.



Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dalam bacaan kedua Rang Undang-Undang Piagam Wanita (Pindaan) di Parlimen berkata pindaan itu bertujuan memperbaiki proses perkahwinan serta mengukuhkan tumpuan terhadap penjagaan keluarga dan kebajikan anak-anak dalam prosiding perceraian.



Piagam Wanita diluluskan pada 1961 untuk menginstitusikan kedudukan yang sama antara lelaki dengan wanita dalam perkahwinan selain menyediakan kebajikan dan perlindungan bagi wanita di Singapura.



Bagaimanapun, Cik Sun menegaskan keutamaan adalah untuk menyelamatkan perkahwinan jika mampu. Namun, jika perceraian tidak dapat dielakkan, keadilan terapeutik dan kepentingan kanak-kanak harus dipupuk dan diketengahkan.



Ini bagi mengurangkan penggunaan kekerasan, memberi ruang untuk menyembuh luka dan memastikan pasangan dan anak-anak dapat teruskan kehidupan mereka selepas perceraian itu.



Dalam ucapan pembukaannya, Cik Sun berkata ia boleh menjadi proses yang sukar dan memakan masa yang lama bagi ibu bapa yang tidak mempunyai penjagaan dan kawalan terhadap anak-anak mereka untuk mendapatkan bantuan dalam kes di mana terdapat pelanggaran perintah akses anak-anak.



Justeru, beliau berharap langkah baru terhadap penguatkuasaan perintah akses anak-anak itu akan membantu menangani perkara tersebut.



Menurut Cik Sun, pindaan itu juga membenarkan pasangan di Singapura bercerai secara baik tanpa menyalahkan sesama mereka di bawah fakta perceraian keenam yang dikenali sebagai Perceraian secara persetujuan bersama (DMA).



Di bawah fakta keenam itu, antara lain, pasangan yang ingin bercerai perlu menyenaraikan sebab keretakan perkahwinan, langkah yang telah diambil untuk berbaik semula serta pertimbangan yang telah diambil bagi ehwal anak-anak dan juga kewangan dalam dokumen yang perlu dihantar ke mahkamah.



Di samping itu, pindaan kepada Piagam Wanita juga membuat peruntukan bagi menyokong pasangan yang sedang bercerai dan anak-anak mereka, dengan lebih baik.



Semua pasangan yang bercerai dengan anak di bawah umur perlu menghadiri Program Wajib Keibubapaan (MPP) bagi menggalak kerjasama dalam hal keibubapaan antara bekas pasangan selepas mereka bercerai.



Cik Sun berkata: "MPP menggalakkan ibu bapa membuat keputusan termaklum yang mengutamakan kesejahteraan anak-anak mereka dan membantu ibu bapa memahami kepentingan keibubapaan bersama dan isu praktikal yang timbul daripada perceraian."



Dalam mempertingkat proses perkahwinan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan memperkenalkan portal baru "Perjalanan Perkahwinan Kami" tahun ini, yang akan membolehkan pasangan melengkapkan semua keperluan praperkahwinan dalam talian dengan mudah.



Portal tersebut antara lain akan menyediakan maklumat dan sumber tentang persediaan perkahwinan dan menyediakan beberapa soalan perkahwinan dalam talian bagi membantu pasangan bersedia untuk langkah seterusnya.




PINDAAN UTAMA BAGI PIAGAM WANITA



1) Proses Perkahwinan Dalam Talian



Pasangan akan dapat selesaikan semua langkah praperkahwinan dalam talian



2) Majlis Akad Nikah Pautan Video



Majlis akad nikah pautan video akan menjadi pilihan tetap bagi pasangan yang sekurang-kurangnya seorang warganegara Singapura atau Penduduk Tetap; dan di mana kedua-dua pasangan berada di Singapura



3) Cerai secara persetujuan bersama (DMA)



Pasangan boleh menyebut fakta ini selepas berkahwin sekurang-kurangnya tiga tahun.



Jika mereka setuju untuk bercerai, mereka dikehendaki kemukakan kepada mahkamah, antara lain, sebab yang bawa mereka untuk buat kesimpulan perkahwinan telah retak dan tidak dapat pulih



4) Program sokongan perceraian untuk kanak-kanak



Semua ibu bapa yang bercerai dengan anak kecil untuk hadiri Program Wajib Keibubapaan (MPP) sebelum failkan perceraian



5) Kuat kuasa perintah akses kanak-kanak



Sediakan pelbagai langkah, termasuk campur tangan terapeutik untuk kuat kuasa perintah akses kanak-kanak.



Pasangan akan dididik tentang proses keibubapaan, pengantaraan, program terapeutik atau program sokongan keluarga




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >