Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES KERETA LANGGAR PINTU BELAKANG ISTANA

Mahkamah dapati pemandu mabuk, dikejar 3 kereta sebelum kemalangan

Aug 22, 2018 | 05:30 AM



PEMANDU kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di luar Istana Disember lalu telah mengambil alkohol sebelum kemalangan itu, kata koroner.



Mahkamah juga mendapati bahawa pekerja logistik Allahyarham Mohamed Khairulanwar Mohamed Sani, 25 tahun, memandu kereta sewanya dengan laju kerana dikejar tiga kereta lain selepas kejadian di sebuah kelab Marina Square.



Arwah, yang darahnya didapati mengandungi sebanyak 129 mikrogram alkohol bagi setiap 100 mililiter, dan penyambut tamu Allahyarhamah Nurul Filzah Syazwani Abdul Rahim, 21 tahun, terbunuh selepas kereta Honda Civic itu merempuh pintu belakang Istana di Cavenagh Road pada 6.06 pagi, pada 16 Disember tahun lalu.



Had di bawah undang-undang ialah 80 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter darah.



Teman lelaki Allahyarhamah, Encik Johari Sharif, 28 tahun, yang duduk di sebelahnya di tempat duduk belakang kereta berkenaan, satu-satunya mangsa yang terselamat.



Jumaat lalu, Koroner Kamala Ponnampalam mendapati kematian Allahyarhamah Nurul dan Allahyarham Khairulanwar sebagai "kecelakaan lalu lintas yang tragis".



Beliau berkata:



"Analisis toksikologi pada sampel biologi Encik Khairul mendedahkan bahawa kandungan alkohol lebih daripada 1.6 kali batas undang-undang, yang mungkin telah menunjukkan tanda seperti fokus berkurang, kekurangan koordinasi, menjejas pertimbangan atau tindak balas perlahan.



"Alkohol, ditambah dengan pemanduan laju, mungkin menyebabkan Encik Khairul hilang kawalan kenderaannya ketika beliau membuat pusingan mendadak dan melanggar pintu dan tiang di belakang Istana."



Mereka berada di Kelab Baliza Marina Square awal hari itu tetapi diberitahu supaya beredar selepas berlaku pertengkaran ekoran Encik Johari ditumbuk.



Katanya, mereka mahu makan selepas meninggalkan tempat itu dan sedang menunggu seorang kawan di Raffles Boulevard apabila tiga kereta lain mengepung kereta mereka.



Allahyarham Khairulanwar berjaya memandu keluar tetapi diekori rapat.



Mereka mengejarnya sepanjang Raffles Boulevard, Temasek Avenue, Rochor Road dan Bukit Timah Road.



Namun, koroner berkata tiga kereta itu tidak mengekorinya apabila membelok ke Cavenagh Road.



Encik Khairulanwar memandu kereta pada kelajuan purata 93 kilometer sejam dan 97 kilometer sejam sebelum kemalangan itu, kata koroner.



Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Allahyarham Khairulanwar dan Allahyarhamha Nurul meninggal dunia lewat pagi itu.



Encik Johari, yang mengalami kecederaan termasuk tulang rusuk patah, dirawat empat hari di situ.



Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Cawangan Kongsi Gelap kemudian menangkap pemandu tiga kereta lain.



Mereka mengaku mengejar kenderaan Allahyarham Khairulanwar.



Koroner Ponnampalam berkata:



"Dua daripada mereka berkata bahawa mereka mahu bersemuka dengannya kerana insiden sebelumnya apabila kawan Khairul mengambil foto salah seorang daripada mereka.



"Orang ketiga berkata dia hanya mengikut dua yang lain dan tidak tahu niat mereka." - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >