Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 13 bulan bagi pemandu teksi yang cabul kehormatan penumpang wanita

Jun 14, 2021 | 04:25 PM



SEORANG bekas pemandu teksi sambilan dihukum penjara 13 bulan pada Isnin (14 Jun) kerana mencabul kehormatan penumpang wanita pada 2019.



April lalu, Hakim Daerah John Ng mendapati Haji Mohamed Yusoof A P M Adam, yang kini berusia 56 tahun, bersalah atas satu tuduhan mencabul kehormatan selepas perbicaraan.



Mangsa yang berusia 30 tahun, tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti dirinya.



Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa setelah selesai minum-minum dengan teman-temannya, wanita itu menaiki teksi yang dipandu Yusoof pada 5 Januari 2019, dan tertidur di tempat duduk di belakang teksi.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Benedict Chan menyatakan bahawa Yusoof mencabul kehormatan mangsa apabila teksinya berada di tempat meletak kereta di Lorong Ah Soo, dekat Upper Paya Lebar Road pada sekitar 5.20 pagi.



DPP Chan menambah bahawa wanita itu kemudian tersedar dan menengking Yusoof setelah merasakan tangan lelaki itu pada tubuhnya.

Yusoof kemudian pulang ke kerusi pemandu dan memandu ke tempat tujuan yang tidak jauh dari situ.



Wanita itu kemudian membuat laporan polis.



Yusoof mendakwa bahawa dia tidak menyentuh mangsa tetapi cuba mengejutkannya secara lisan setelah teksinya tiba di tempat meletak kereta tersebut.



Dia menambah bahawa dia keluar dari kenderaannya, membuka pintu belakang dan memanggil wanita itu sekali lagi. Wanita itu kemudian bangun dari tidur, katanya.



Dalam menyampaikan keputusannya, Hakim Ng berkata, Yusoof dan wanita itu telah memberikan cerita berbeza dan tiada saksi lain yang melihat kejadian itu.



Hakim tersebut mendapati wanita itu seorang saksi yang jujur dan bukti-buktinya boleh dipercayai, sementara Yusoof banyak mengelak.



Mahkamah diberitahu bahawa Yusoof bercadang membuat rayuan terhadap sabitan dan hukumannya dan telah dijamin sebanyak $10,000.



Mereka yang didapati bersalah mencabul kehormatan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda atau disebat, namun, Yusoof tidak boleh disebat kerana dia berusia lebih 50 tahun. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >