Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes pusat tahfiz terbakar: Mahkamah arah lelaki kekal di penjara

Sep 11, 2023 | 03:20 PM



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Isnin memutuskan seorang lelaki kekal di penjara selama tempoh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, atas sabitan kesalahan membunuh 23 penghuni tahfiz dalam kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, enam tahun lalu.


Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun, membuat keputusan berkenaan secara sebulat suara.

Mahkamah juga menetapkan supaya seorang lagi lelaki yang berdepan tuduhan sama, kekal dilepas dan dibebaskan.

Kedua-dua lelaki itu yang berusia 16 tahun ketika kejadian, tidak berdepan hukuman mati kerana di bawah umur 18 tahun mengikut peruntukan undang-undang.

Datuk Che Mohd Ruzima berkata tiada sebab untuk mengusik keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang mendapati seorang lelaki itu disabitkan kesalahan atas pertuduhan berkenaan.

Beliau berkata keputusan mahkamah itu adalah selamat dan harus dikekalkan.

“Mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kami (panel hakim) bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa keterangan mengikut keadaan dikemukakan pendakwaan adalah kuat.

“Ia hanya menuding kepada satu arah, iaitu PKK1 (lelaki terbabit yang juga pesalah kanak-kanak satu) memanjat belakang pagar belakang sekolah tahfiz bersama seorang lagi tidak dapat dikenali, untuk memulakan kebakaran sekolah tahfiz sehingga menyebabkan 23 terkorban.

“Dengan itu, rayuan PKK1 ditolak. Memandangkan tiada hujahan dikemukakan pihak pembelaan berhubung hukuman (penjara) dijatuhkan Mahkamah Tinggi, maka hukuman yang dijatuhkan juga dikekalkan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Bagi keputusan seorang lagi lelaki kekal dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan sama pula, Datuk Che Mohd Ruzima berkata tiada sebab untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Pada 11 Mei lalu, Timbalan Pendakwa Raya How May Ling berhujah kebakaran itu pasti berpunca lebih daripada seorang pelaku kerana adalah mustahil untuk seorang remaja mengangkat dua tong gas seberat 28 kilogram sekali gus.

Beliau berkata satu tong gas terbabit diletakkan secara menegak dan satu lagi melintang sebelum petrol disimbah serta pemetik api dinyalakan di depan pintu.

Peguam Haijan Omar yang mewakili lelaki terbabit pula dilaporkan berhujah bahawa tiada saksi memberi keterangan bahawa remaja itu membakar sekolah berkenaan.

Katanya, pihak pendakwaan bergantung pada keterangan mengikut keadaan untuk menyokong kes mereka.

Pada 17 Ogos 2020, lelaki berusia 22 tahun itu disabitkan oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan membunuh sebelum diperintahkan supaya ditahan di penjara selama tempoh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Pada tarikh sama, Mahkamah Tinggi juga melepas dan membebaskan seorang lagi lelaki daripada pertuduhan sama tanpa perlu membela diri.

Pihak pendakwaan memanggil seramai 71 saksi, manakala enam saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 30 Mei 2018.

Dalam kejadian menyayat hati pada 14 September 2017, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat berkenaan yang terbakar.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi 14 September 2017.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >