Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mengejar CITA & CINTA

Mahligai dibina bakar semangat raih ijazah PhD Sains

Oct 07, 2019 | 05:30 AM



Takdir telah menjodohkan mereka dalam alam percintaan. Namun, bagaimanakah pasangan yang mempunyai minat dan mengejar impian yang sama mengimbangi kehidupan profesional mereka serta alam rumah tangga? Ikuti kisah tiga pasangan ini yang melayari bahtera cinta dan cita bersama. Wartawan NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg) dan HARITH MUSTAFFA (harithr@sph.com.sg) menyorot pengalaman mereka.



ADA yang bertanggapan lebih baik menangguh perkahwinan jika masih memburu segulung ijazah.



Namun, pasangan Encik Muhammad Farouq Azizan dan Cik Nur Atiqah Azhari, menepis pemikiran sedemikian.



Malah, membina mahligai dan menjalani kehidupan seiring sejalan mampu membakar lagi semangat mereka dalam mencapai kecemerlangan menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD).



Apabila ditanya bagaimana mereka mengimbangi kehidupan berumah tangga sambil belajar, Encik Farouq dengan pantas berkata: "Ia sebenarnya jauh lebih mudah kerana kami sudah berkahwin!"



Cik Atiqah menambah: "Sekolah siswazah tidak mudah, tetapi menghadapi perjuangan ini bersama benar-benar beri saya semangat. Saya tahu saya tidak bersendirian dan beliau (Encik Farouq) sentiasa menyokong saya."



Pasangan yang menyemai bibit-bibit cinta semasa masih mahasiswa dalam jurusan Sains Biologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu berjaya mencapai ijazah kepujian kelas pertama.



Niat mereka mahu melanjutkan pengajian ke alam PhD juga hampir serupa.



Sementara Encik Farouq, 27 tahun, terdorong oleh pemergian arwah ibunya sebulan sebelum beliau berkahwin tahun lalu, Cik Atiqah, 25 tahun, pula mendapat semangat daripada arwah ayahnya yang meninggal dunia ketika beliau berusia 13 tahun.



"Saya minat mengkaji biologi kanser kerana arwah ibu saya sendiri menghidap kanser. Kanser seperti luka yang tidak akan pernah sembuh... itu yang membuat saya tertarik. Saya mahu terus majukan kajian dalam bidang sains tersebut," ujar Encik Farouq, yang membuat kajian PhD dalam bidang Biologi Kanser.



Cik Atiqah, yang mempunyai pengkhususan dalam kajian Psikologi dan Neurosains, pula berkata: "Saya mahu nama ayah saya diingati dan saya rasa cara itu adalah dengan adanya nama beliau di setiap kertas kajian yang dihasilkan saya, contohnya Azhari et al, yang dapat mendatangkan manfaat kepada orang lain."



Kedua-duanya yang terikat dengan biasiswa berkongsi bahawa mereka mendapat elaun, seperti gaji yang tetap setiap bulan.



Kemahuan untuk tetap berada di laluan akademik, menurut pasangan itu adalah kerana minat mendalam dan sifat mereka yang suka mencungkil dapatan baru dalam alam penyelidikan.



Kata Cik Atiqah: "Kami sebenarnya tidak 'belajar', tetapi kami menimba ilmu. Ada perbezaan."



Menjelaskan erti kajian kepadanya, Encik Farouq menambah: "Ia seperti kami dibayar untuk terus kekalkan sifat ingin tahu."



Pasangan itu akur bahawa perjalanan ingin menggenggam ijazah PhD bukanlah sesuatu yang mudah.



Menurut Encik Farouq, ia "memerah tenaga emosi".



Beliau, yang baru sebulan melangkah alam PhD, berkata: "Masa yang diluangkan melakukan kajian dalam makmal amat lama. Kadangkala, saya akan meluangkan sehari suntuk di sekolah, dari 9.30 pagi hingga 8 ataupun 10 malam... itu pun masa seolah-olah tak cukup."



Dalam pada itu, beliau perlu mengulang kaji pelajaran di rumah.



Cik Atiqah, yang kini dalam tahun ketiga PhD, turut berkata bahawa ada kalanya beliau terpaksa mengorbankan masa pada hujung minggu demi mengumpulkan data bagi kajiannya.



Walau bagaimanapun, mereka menekankan bahawa sokongan moral antara satu sama lain amat penting.



"Jika suami saya habis lewat, saya akan menunggunya di sekolah sebelum kami pulang bersama... sambil itu saya tonton Netflix," kata Cik Atiqah sambil tertawa.



Encik Farouq menambah: "Kami saling menulis kata-kata semangat di atas nota Post-it!"



Tatkala ditanya rancangan memulakan keluarga setelah mencapai ijazah PhD, Encik Farouq berkongsi bahawa buat masa ini mereka mahu memberi tumpuan kepada mengejar cita-cita mereka dahulu iaitu melanjutkan pengajian ke peringkat posdoktoral dan menjadi profesor.



Kata Cik Atiqah: "Pendidikan bukan sekadar mendapatkan ijazah atau sijil, tetapi ia tentang peluang yang datang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang dapat menjadi batu loncatan bagi masa depan."




SUSAHKAH KAHWIN DULU KETIKA BELAJAR?



Ia sebenarnya jauh lebih mudah kerana kami sudah berkahwin!"



- Encik Muhammad Farouq Azizan.



"Sekolah siswazah tidak mudah, tetapi menghadapi perjuangan ini bersama benar-benar beri saya semangat. Saya tahu saya tidak bersendirian dan dia (Encik Farouq) sentiasa menyokong saya."



- Cik Nur Atiqah Azhari. Kededua mereka berkata membina mahligai dan menjalani kehidupan seiring sejalan mampu membakar lagi semangat mereka dalam mencapai kecemerlangan menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD). "




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >