Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki seru lulusan baru SP teruskan sikap ambil berat walau sibuk bina kerjaya

May 11, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, menggesa pelajar yang baru sahaja tamat pengajian di Politeknik Singapura (SP) supaya terus mengamalkan sikap ambil berat tentang diri mereka, rakan mereka dan masyarakat sekeliling, walaupun sedang mereka melanjutkan pengajian dan membina kerjaya.



Singapura, kata beliau, mahu membina budaya prihatin dan keterbukaan supaya mereka yang memerlukan boleh mendapat bantuan dan sumber yang diperlukan.



Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, berkata demikian dalam ucapannya di majlis konvokesyen SP semalam.



Seramai 234 pelajar kursus diploma kejuruteraan aeronautik dan 62 pelajar kursus diploma kejuruteraan Bio mendapat sijil mereka di majlis semalam.



Dalam ucapannya, Dr Maliki berkata meskipun pandemik Covid-19 telah mengubah cara pelajar meraih ilmu hari ini dengan pembelajaran dalam talian, adalah penting untuk terus menghargai hubungan fizikal satu sama lain.



Kemahiran kehidupan kritikal, seperti perhubungan dan kemahiran menjalin rangkaian, atau networking, kekal relevan pada masa depan dan ini hanya boleh dapat dilakukan menerusi interaksi fizikal, ujar beliau.



"Kita mahu membangunkan sebuah budaya penyayang dan terbuka agar mereka yang memerlukan boleh mendapat bantuan dan sumber yang diperlukan.



"Budaya ini bermula daripada diri setiap seorang daripada kita, secara individu," katanya.



Dalam ucapannya, Dr Maliki turut melahirkan rasa gembiranya terhadap usaha SP dan institusi pendidikan lain terus membangunkan budaya sokong-menyokong dan menjaga rakan.



Menurut beliau, di SP terdapat penyokong rakan yang menjadi sukarelawan untuk terus menjaga kesejahteraan rakan mereka.



"Kepada semua pelajar yang menamatkan pengajian hari ini, yang merupakan penyokong teman dan mentor, saya mengalu-alukan semua usaha anda.



"Saya menggalak anda semua terus mencari jalan bagi membina masyarakat lebih penyayang," katanya.



Dr Maliki turut menyentuh tentang perubahan cara pembelajaran menyusuli pandemik yang dilalui Singapura, yang dilaksana dengan mengadakan pembelajaran dallam talian.



Beliau berkata pembelajaran dalam talian disambut baik oleh pelajar, yang mengatakan ia memberi mereka fleksibiliti untuk belajar di mana sahaja.



Mulai tahun ini juga, semua ceramah SP diadakan secara talian dan teradun (blended learning), dengan pensyarah terus bekerja rapat dengan setiap pelajar untuk memantau kemajuan mereka dan mengadakan kelas secara fizikal bersama pelajar demi mempertingkat cara pembelajaran.



Dr Maliki juga mengajak pelajar yang kini telah menamatkan pengajian mereka sebagai alumni memainkan peranan dengan menawarkan peluang pendedahan industri atau menjadi mentor sukarela kepada pelajar lebih muda di tempat kerja mereka kelak.




MAHU BANGUNKAN BUDAYA PENYAYANG



"Kita mahu membangunkan sebuah budaya penyayang dan terbuka agar mereka yang memerlukan boleh mendapat bantuan dan sumber yang diperlukan. Budaya ini bermula daripada diri setiap seorang daripada kita, secara individu... Kepada semua pelajar yang menamatkan pengajian hari ini yang merupakan penyokong teman dan mentor, saya mengalu-alukan semua usaha anda. Saya menggalak anda semua terus mencari jalan bagi membina masyarakat lebih penyayang."
- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri serta Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >