Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Mahu beri khidmat lebih baik kepada penduduk

Seramai 371 pelatih daripada 22 program Diploma Bekerja-Belajar (WSDip) telah tamat pengajian mereka pada hujung September lalu. Daripada jumlah itu, 18 pelatih turut menerima pingat atas pencapaian cemerlang mereka semasa majlis tamat pengajian Diploma Bekerja-Belajar ITE minggu lalu. BERITA HARIAN berpeluang mewawancara dua individu yang telah mencapai kecemerlangan dan bertekad untuk menjadi pelajar sepanjang hayat.
Dec 13, 2022 | 05:30 AM



BERKHIDMAT kepada masyarakat bukan sesuatu yang baru bagi Cik Nur Puspa Sabrena Abdullah.



Malah, beliau sudah berkecimpung dalam bidang kemasyarakatan sejak 2008 dan mengambil pelbagai peranan dalam badan-badan yang berlainan.



Bertugas di Persatuan Rakyat (PA) sebagai pengurus Jawatankuasa Penduduk (RC) ketika itu, Cik Sabrena membantu menyediakan keperluan sukarelawannya yang menjalankan program untuk penduduk di Nee Soon Central.



Namun, apabila diberi jawatan baru pada 2019 sebagai pengurus eksekutif kawasan pilihan raya di Kelab Masyarakat Nee Soon Central, beliau tergerak meningkatkan kemahirannya melalui Diploma Bekerja-Belajar (WSDip) supaya dapat berkhidmat kepada penduduk di kawasannya dengan lebih baik.



"Dengan peranan baru ini, saya mempunyai skop kerja yang lebih luas.



"Ini termasuk tugas kaunter di mana saya harus berinteraksi dengan orang ramai dalam masyarakat serta menganjurkan pelbagai aktiviti atau acara bagi penduduk di kawasan tersebut.



"Jadi bagi saya program WSDip yang saya lakukan datang kepada masa yang tepat di mana saya berpeluang meningkatkan kebolehan saya dengan lebih baik," kata Cik Sabrena, 39 tahun.



Sepanjang program dua setengah tahun itu, lulusan ITE kolej Central itu telah menunjukkan sikap bertanggungjawab serta menunjukkan sikap positif terhadap pembelajaran perkara baru.



Melengkapkan pengalamannya dalam industri melalui program yang beliau sertai, Cik Sabrena dapat mengaplikasikan apa yang beliau pelajari dalam pekerjaan hariannya dan memberi hasil yang baik.



Antaranya termasuk mengadakan kegiatan dalam talian seperti sesi tarian untuk kecergasan semasa tahun baru, sesi perkongsian bersama masyarakat Melayu serta menganjurkan sambutan Hari Raya secara maya untuk penduduk kawasan itu.



"Dengan keadaan Covid-19 ketika itu yang mengehadkan jumlah orang yang dapat berkumpul, program tersebut telah memberi banyak idea untuk melakukan program dalam talian.



"Selain itu, ia juga mengajar kami bagaimana melibatkan penduduk daripada kumpulan umur yang berbeza secara berterusan semasa tempoh ini," jelasnya.



Ternyata, perjalanan ini bukan mudah bagi ibu kepada anak lelaki yang berusia dua tahun.



Harus mengimbangi masa ketika bekerja mengikut waktu syif, Cik Sabrena sering mengorbankan hari rehatnya untuk mengulangkaji untuk sekolah.



"Ini merupakan pertama kali saya kembali ke sekolah sejak tamat pengajian pada 2008.



"Agak kekok sedikit pada awalnya tetapi Alhamdulillah ramai yang membantu saya sepanjang perjalanan ini untuk menyesuaikan diri," kata Cik Sabrena yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah.



Cik Sabrena ialah Pemenang Pingat Kursus Gangsa untuk WSDip dalam Penglibatan & Pembangunan Masyarakat tahun ini.



Mengimbas kembali perjalanan itu sehingga kini, Cik Sabrena berkata walaupun ia mencabar, pencapaian ini merupakan pengiktirafan bagi pengorbanannya serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan rakan kerjanya.



"Pembelajaran ini adalah sepanjang hayat. Jika saya dapat meningkatkan kemahiran dan juga berkhidmat kepada masyarakat, ia adalah keadaan 'win-win' bagi saya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >