Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu kekalkan seni batik agar tak hilang ditelan waktu

May 09, 2022 | 05:30 AM



BATIK merupakan fenomena fesyen yang menjadi salah satu kesenian di alam Melayu.



Bukan sahaja diminati oleh masyarakat terdahulu, tetapi rekaan yang mencerminkan kreativiti dan menterjemahkan identiti masyarakat Melayu ini sering menjadi pilihan anak-anak muda zaman sekarang.



Memelihara warisan berzaman ini, seorang pereka fesyen baju tradisional Melayu, Cik Nurquratuaini Mohd Buhari, 35 tahun, berazam mengekalkan kesenian batik ini dalam dunia fesyen agar ia tidak hilang ditelan waktu.



Beliau berkata: "Sejak muda lagi, saya amat menggemari rekaan batik yang menjadi pakaian tradisional untuk masyarakat Melayu. Rekaannya sangat unik kerana ia mempunyai corak yang berbeza, jika dibandingkan dengan pakaian yang lain, ujarnya.



"Bagaimanapun, kesukaran mencari batik yang bersaiz besar dan kualiti tinggi menjadi masalah buat sesetengah orang yang ingin meraikan pemakaian batik.



"Hal ini kerana, saiz besar dan pada harga yang berpatutan di Singapura susah ditemui, terutamanya bagi batik yang dicetak dengan tangan dengan kualiti kapas premium.



"Kebiasaanya, harga batik yang dipasarkan lebih murah menggunakan kain poliester cetakan mesin. Kualiti dan motif rekaannya juga tidak sama dengan batik yang dicetak dengan tangan,'' ujar Cik Nurquratuaini.



Sejak 2014, Cik Nurquratuaini mula menjual pakaian bersaiz besar melalui jenama Queisha.



Tetapi, kecenderungan terhadap batik yang merupakan pakaian tradisi orang Melayu membuatkan beliau berubah fikiran.



Oleh itu, beliau menubuhkan Qubatiksg pada 2018 sebagai satu revolusi dalam industri rekaan batik agar ia lebih mudah diterima, khususnya dalam kalangan anak muda.



Beliau, yang mempunyai Diploma Perniagaan Digital dan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Bioperubatan, berkata:



"Mungkin ada yang kurang gemar dengan corak batik, jadi kami mencari penyesuaian agar anak-anak muda tertarik untuk menyarung pakaian warisan rumpun Melayu ini.



"Berkonsepkan inovasi dan kontemporari, kami sediakan batik dalam pelbagai warna, fabrik dan motif.



"Masyarakat Melayu yang ingin memakai batik ini boleh memilih gaya yang bermotifkan klasik ataupun moden.



"Lebih istimewa lagi, kami menyesuaikan jahitan mengikut kehendak pelanggan berdasarkan ukuran, corak, rekaan dan warna agar lebih banyak pilihan untuk mereka.



"Bukan sekadar batik cetakan tangan, tetapi Qubatik juga menyediakan batik cap tangan dan tulisan tangan.



"Produk yang kami pasarkan adalah berkualiti tinggi yang sesuai dipakai, khususnya oleh keluarga Melayu.



"Alhamdulillah, sambutan sangat baik. Anda sendiri boleh melihat permintaan terhadap pakaian batik sudah semakin meningkat, terutamanya pada Hari Raya.



"Ia memberi khabar gembira bahawa seni batik masih mendapat tempat di hati masyarakat Melayu. Pelestarian pakaian batik ini penting agar masyarakat Melayu Singapura terus mengenali kesenian batik. Sekaligus, ia dapat meluaskan penjenamaan batik dan menyebarkan seni pemakaian ini kepada masyarakat lain.



Beliau menambah:



"Selain pembeli Melayu, kami juga mempunyai pelanggan yang memilih batik sebagai pakaian peribadi pada perayaan Tahun Baru Cina, Hari Natal dan lain-lain.



"Secara inklusif, kami tidak mengehadkan pakaian tradisional Melayu sahaja, sebaliknya kami menyesuaikan dengan pelbagai gaya. Ia termasuk rekaan pakaian kasual, pakaian tradisional Korea, Hanbok, dan cheongsam juga.



"Semoga kami dapat terus melestarikan pemakaian batik di Singapura dalam gaya tradisional mahu pun moden." - AFIRA NAQILLA CHE ABDUL RAHMAN




"Berkonsepkan inovasi dan kontemporari, kami sediakan batik dalam pelbagai warna, fabrik dan motif.
Masyarakat Melayu yang ingin memakai batik ini boleh memilih gaya yang bermotifkan klasik ataupun moden.
Lebih istimewa lagi, kami menyesuaikan jahitan mengikut kehendak pelanggan berdasarkan ukuran, corak, rekaan dan warna agar lebih banyak pilihan untuk mereka.
Bukan sekadar batik cetakan tangan, tetapi Qubatik juga menyediakan batik cap tangan dan tulisan tangan.
- Cik Nurquratuaini Mohd Buhari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >