Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan didakwa atas kesalahan tidak bayar pembantu selama 13 bulan

Sep 23, 2021 | 06:15 PM



SEORANG wanita didakwa di mahkamah pada Khamis (23 September) atas kesalahan tidak membayar gaji pembantu rumahnya buat tempoh 13 bulan.



Warga Singapura, Santa Maria Michelle Theresa, 56 tahun, didapati gagal berbuat demikian antara April 2018 dengan April 2019.



Pendapatan pembantu rumah, Emferatriz Borja Montefolka, warga Filipina berusia 43 tahun adalah $500 sebulan. 



Kementerian Tenaga Manusia (MOM), dalam kenyataannya pada Khamis berkata, Montefolka dikatakan bekerja sambilan tanpa pas kerja yang sah di rumah warga Singapura, Norliza Kamardin, 48 tahun, antara Ogos 2018 dengan April 2019.



Norliza pula didakwa pada Khamis kerana menggajikan pembantu tanpa pas kerja sah.



MOM bagaimanapun tidak mendedahkan hubungan antara Theresa dengan Norliza.



Theresa dijadualkan mengaku salah pada 2 November manakala Norliza pula pada 19 Oktober.



Montefolka pula didakwa di mahkamah pada Khamis kerana bekerja tanpa pas kerja sah. Kesnya ditunda hingga 14 Oktober.



Mereka yang didakwa tidak membayar gaji boleh didenda hingga $10,000, dipenjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.



Jika didapati bersalah, Norliza boleh didenda antara $5,000 dengan $30,000, dipenjara hingga setahun atau kedua-duanya sekali.



Montefolka pula boleh didenda hingga $20,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah bekerja tanpa pas kerja yang sah.



Pekerja domestik migran yang memerlukan bantuan mengenai pendapatan atau perihal berkaitan dengan pekerjaan boleh hubungi talian bantuan MOM di 1800-339-5505, atau Pusat bagi Pekerja Domestik di 1800-2255-233.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >