Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan digalak kekal kerjasama kuat dengan ITE

Selain gajikan lulusan ITE, penting sokong mereka dalam landskap ekonomi berubah akibat pandemik
Jul 29, 2021 | 05:30 AM



MAJIKAN digalakkan agar terus menggajikan dan melatih lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang mempunyai kemahiran industri yang relevan, dan pada masa yang sama, mengekalkan kerjasama kuat dengan ITE.



Ini kerana selain menyediakan mereka kerja, majikan dan rakan kongsi industri yang lain memainkan peranan genting dalam menyokong pelajar dan lulusan ITE dalam usaha mendapatkan kemahiran penting yang dikehendaki industri, dalam landskap ekonomi yang berubah akibat pandemik, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.



Berucap di majlis tamat pengajian ITE yang diadakan secara maya semalam, beliau khususnya menggesa syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk memperkukuh lagi kerjasama mereka dengan ITE, dan untuk memandang kemahiran dan bakat lulusan ITE.



"Sewaktu banyak sesi pendekatan yang dianjurkan sebagai sebahagian Semakan Peluang dan Laluan dalam Pendidikan Amali yang sedang dijalankan, saya mendengar banyak pihak berkepentingan memuji kemahiran relevan kepada industri kukuh yang dimiliki lulusan ITE kita.



"Inilah hasil pedagogi unik ITE yang tertumpu kepada kemahiran dan latihan amali, yang telah memupuk banyak generasi lulusan yang sedia bekerja," ujarnya.



Selain menerusi program bekerja sambil belajar, kerjasama ITE bersama rakan industri boleh dilihat menerusi program Diploma Bekerja-Belajar ITE (WSDip), yang membolehkan pelajar ITE meraih pendapatan sambil mempertingkat diri.



Dr Maliki memberi jaminan bahawa ITE akan terus meluaskan tempat dan tawaran kursus bagi WSDip.



Seramai 75 peratus daripada kohort perintis program itu kekal bersama syarikat mereka setelah tamat pengajian dan hampir 70 peratus daripada kalangan mereka menerima kenaikan gaji.



Dr Maliki turut berkata bahawa sokongan rakan seangkatan merupakan salah satu komponen utama bagi ekosistem sokongan pelajar yang kukuh, dan ITE akan terus meperkukuhnya walau setelah pandemik ini.



Antara sokongan yang ditetapkan termasuk dana kecemasan, skim bantuan kewangan bulanan ITE serta pinjaman komputer riba dan penghala mudah alih (dongle) Internet, kata Dr Maliki.



Contohnya, skim bantuan kewangan bulanan ITE telah mengagihkan sekitar $4.8 juta tahun lalu, lantas memberi manfaat kepada lebih 5,000 pelajar.



Memberi peringatan, Dr Maliki menggalakkan lulusan ITE agar tidak berhenti belajar dan mempertingkat kemahiran walau setelah tamat pengajian di ITE.



"Untuk kekal dapat menyesuaikan diri kepada perubahan industri, kita semua perlu mendakap pembelajaran sepanjang hayat dan belajar sepanjang hidup," tambahnya.



ITE menawarkan banyak program pembelajaran sepanjang hayat dan akan terus meluaskan jumlah tawaran kursus bagi pelajar dewasa, kata Dr Maliki lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >