Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan digesa terap aturan vaksin Covid-19 atau ujian berkala

Usaha demi lindungi kakitangan dan jadikan tempat kerja lebih selamat
Aug 24, 2021 | 05:30 AM



BAGI melindungi kakitangan serta menjadikan tempat kerja lebih selamat, majikan di sini digesa mempertimbangkan usaha menerapkan aturan mendapatkan vaksin atau jalani ujian berkala (VoRT).



Dalam garis panduan terbarunya yang dikeluarkan semalam, rakan tiga pihak Singapura - Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) - berkata langkah tersebut sudahpun diamalkan sektor perkhidmatan awam dan boleh dicontohi.



Dalam catatan di Facebook, Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon berkata sektor perkhidmatan awam, sebagai majikan terbesar di Singapura, telah menunjukkan contoh yang baik bagaimana untuk melaksanakan aturan VoRT ini.



"Dengan lebih banyak majikan menerapkan aturan VoRT, MOM telah bekerjasama dengan rakan tiga pihak kami untuk mengemas kini nasihat bagi vaksinasi di tempat kerja.



"Rakan tiga pihak menggesa semua majikan mempertimbangkan menerapkan aturan VoRT ini sebagai salah satu dasar syarikat untuk majikan sedia ada dan pekerja baru," katanya.



Majikan boleh, setelah berunding dengan kesatuan sekerja mereka, mengambil langkah-langkah di tempat kerja yang berbeza bagi para pekerja yang telah divaksinasi dan tidak divaksinasi.



Ini termasuk, memastikan kakitangan yang layak tetapi memilih untuk tidak diberi vaksin agar membayar ujian berkala sendiri, seperti ujian swab dan mengecualikan mereka daripada faedah perubatan yang berkaitan dengan Covid-19.



Meskipun begitu, majikan tidak boleh memberhentikan atau mengancam untuk menghentikan perkhidmatan pekerja berdasarkan status vaksinasi sahaja.



Mereka sebaliknya boleh memberhentikan pekerja yang tidak divaksinasi sekiranya pekerja tersebut tidak mematuhi langkah vaksinasi yang berbeza-beza di tempat kerja.



Aturan VoTR, yang memerlukan pekerja yang tidak divaksinasi menjalani ujian Covid19 dua kali seminggu menggunakan ujian pantas antigen (ART), akan bermula untuk sektor terpilih pada 1 Oktober ini.



Sektor pekerjaan yang diperlukan mengikuti aturan VoRT ini termasuk sektor penjagaan kesihatan, penjagaan warga tua, tempat yang mempunyai kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan sektor yang berinteraksi dengan pelanggan dalam persekitaran berisiko tinggi yang tidak memerlukan pelitup seperti tempat makanan dan minuman (F&B), gimnasium, studio kecergasan serta perkhidmatan penjagaan diri.



Nasihat ini menggantikan nasihat yang dikeluarkan sebelumnya pada Julai lalu, yang menyatakan bahawa majikan boleh membuat vaksinasi sebagai syarat bagi kakitangannya yang bekerja di persekitaran berisiko tinggi.



Di bawah garis panduan ini juga majikan boleh, dengan sendirinya, menerapkan langkah-langkah di tempat kerja yang lain, dan memastikan langkah-langkah yang diterapkan itu wajar dan diperlukan untuk operasi perniagaan selain untuk melindungi kesihatan dan keselamatan semua pekerja dengan lebih baik.



Dalam kenyataannya, rakan kongsi tiga pihak itu berkata majikan harus mengambil langkah-langkah untuk mempersiapkan tenaga kerja mereka lebih awal menjelang penerapan aturan VoRT.



"Rakan kongsi tiga pihak menggesa majikan yang akan mengambil aturan VoRT, sebagai dasar syarikat mereka, untuk berkomunikasi dengan jelas dan terlebih dahulu kepada pekerja dan pencari kerja yang terjejas mengenai langkah-langkah di tempat kerja yang dibezakan dengan vaksinasi serta sebarang kos yang berkaitan kepada pekerja yang layak secara perubatan tetapi menolak vaksinasi," katanya.




LANGKAH PEMBEZAAN VAKSINASI DI TEMPAT KERJA BAWAH ATURAN VORT



Majikan boleh, setelah berunding dengan kesatuan pekerja (jika ada), gunakan langkah berbeza di tempat kerja bagi kakitangan yang divaksinasi dan tidak divaksinasi dalam tenaga kerja mereka, seperti berikut:



A. KEKERAPAN UJIAN



Dua kali seminggu untuk pekerja yang tidak divaksinasi di sektor terpilih, di bawah garis panduan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk aturan VoRT.



B. ACARA KERJA DAN SOSIAL



Majikan mungkin perlukan pekerja yang tidak divaksinasi untuk jalani Ujian Praacara (PET) sebelum sertai acara di tempat kerja, sejajar dengan garis panduan MOH.



C. PENGERAHAN TUGAS



Majikan boleh terus menempatkan pekerja yang tidak divaksinasi di persekitaran berisiko tinggi jika mereka jalani ujian berkala. Mereka juga boleh buat keputusan sama ada untuk pindahkan pekerja ini ke tempat lain dengan risiko jangkitan Covid-19 yang lebih rendah, setanding dengan pengalaman dan kemahiran pekerja.



Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman www.mom.gov.sg/vaccinationadvisory.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >