Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan jadi sasaran gangguan bila amah berhutang

Oct 28, 2018 | 05:30 AM



KHUATIR terhadap keselamatan beliau sekeluarga, Cik Nur Diana Helda Safari sanggup membayar dulu hutang pembantu rumahnya sebanyak $600 yang dipinjam daripada pemiutang haram.



Menyingkap pengalamannya, ibu empat orang itu berkata:



"Saya agak terperanjat apabila tiba-tiba menerima mesej daripada pemiutang haram yang memaksa saya untuk menyelesaikan hutang pembantu saya.



"Katanya jika hutang tidak diselesaikan, mereka akan hantar orang ke rumah saya.



"Rupa-rupanya pembantu saya telah memberikan nama, alamat rumah dan nombor telefon saya kepada pemiutang haram sebagai penjamin," kongsinya.



Penyelaras logistik, 34 tahun itu kemudiannya membuat laporan polis dan kes itu dibawa kepada pemerhatian Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Oleh kerana meminjam daripada pemiutang haram, pembantu rumah Cik Diana sepatutnya dihantar balik ke negaranya.



Namun, dek termakan kata-kata manis pembantunya yang mendakwa ditipu kawan, Cik Diana sanggup menulis surat kepada MOM agar kes itu ditutup.



"Beliau terus terang kepada saya, beliau perlukan duit untuk membeli tanah di kampungnya dan kawannya yang menyarankannya meminjam daripada seseorang individu tanpa mengetahui bahawa individu itu bekerja untuk pemiutang haram," cerita Cik Diana mengenai pembantu berusia 39 tahun yang merupakan janda empat orang anak itu.



Namun tanpa Cik Diana ketahui, itulah bermulanya perangai buruk pembantu beliau yang suka meminjam-minjam.



Cik Diana hanya mengetahuinya selepas pembantu rumahnya yang berasal dari Jawa Tengah dan mempunyai pengalaman bekerja di Singapura, melarikan diri 10 bulan selepas bekerja dengannya.



Pembantu itu menurut Cik Diana, telah melarikan diri melalui Batam selepas mencuri pasportnya yang disimpan Cik Diana.



Menyusuli kejadian itu, tanpa disangka Cik Diana menerima mesej daripada tiga pemiutang berlesen.



Tidak cukup dengan itu, Cik Diana turut menerima tiga surat arahan daripada tiga pemiutang berlesen yang memberitahunya pembantu rumahnya telah meminjam daripada syarikat berkenaan.



Beberapa pembantu rumah lain yang tidak Cik Diana kenali juga tiba-tiba mengetuk pintu rumahnya untuk menuntut wang yang telah dipinjam pembantunya.



"Secara keseluruhan, pembantu saya telah meminjam sehingga $4,000 daripada enam pemiutang berlesen dari berlainan syarikat.



"Ada yang kedai mereka di City Plaza, ada di Bukit Timah.



"Nampaknya semasa hari cutinya, beliau sanggup pergi ke beberapa tempat semata-mata untuk meminjam duit," katanya.



Tambah Cik Diana, beliau tidak menyangka pembantunya akan meminjam duit kerana beberapa kali pembantunya meminta agar wang gajinya diberi lebih awal daripada tarikh gajinya.



Gaji pembantunya ialah $550 sebulan dengan dua hari cuti.



Untuk menyelesaikan masalah berhubung pinjaman yang dibuat pembantu rumahnya kepada pemiutang berlesen, Cik Diana telah memberitahu syarikat terbabit bahawa pembantunya telah melarikan diri dan pas kerjanya telah dibatalkan.



Cik Diana yang kini mendapat pembantu rumah baru berkata sebagai langkah berjaga-jaga sekarang, beliau telah memasang kamera litar tertutup untuk meninjau gerak-geri pembantunya apabila beliau keluar bekerja.



"Pembantu saya yang lari itu sebenarnya bagus dalam kerjanya. Sayangnya beliau suka berhutang sekeliling pinggang.



"Sebelum ini pembantu saya yang lain semuanya habis kontrak.



"Untuk mengelakkan sebarang kejadian seperti pembantu mencuri pasport, saya terpaksa memaksa kamera litar tutup.



"Sekurang-kurangnya jika sesuatu yang tidak diduga berlaku, kita dapat bertindak dengan cepat," ujarnya.




"Secara keseluruhan, pembantu saya telah meminjam sehingga $4,000 daripada enam pemiutang berlesen berlainan syarikat. Ada yang kedai mereka di City Plaza, ada di Bukit Timah. Nampaknya semasa hari cutinya, beliau sanggup pergi ke beberapa tempat semata-mata untuk meminjam duit."
​- Cik Nur Diana Helda Safari, majikan yang menggajikan pembantu rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >