Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan kini perlu beri pekerja luar rehat setiap jam jika cuaca terlalu panas: MOM

Oct 24, 2023 | 07:04 PM



Majikan kini perlu menyediakan pekerja luar waktu rehat sekurang-kurangnya lima minit setiap jam apabila cuaca menjadi terlalu panas.

Langkah ini, antara lain, diperkenalkan untuk mengurangkan risiko tekanan haba terhadap pekerja yang bekerja di luar, berkuat kuasa serta-merta dan diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) setelah berunding dengan Panel Pakar Tekanan Haba Kementerian Kesihatan, kata MOM pada Selasa.

“Berbeza dengan populasi umum, pekerja yang bertugas di luar tidak mempunyai pilihan atas aktiviti kerja mereka dan lebih terdedah kepada tekanan haba,” kata MOM.

Majikan dikehendaki memantau ‘Wet Bulb Globe Temperature’ (WBGT), satu ukuran yang memantau keadaan cuaca secara langsung, bagi setiap jam kerja luar yang dilakukan.

Ukuran yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa itu mengambil kira kesan kelembapan, suhu udara, angin dan sinaran suria.

Tempoh masa rehat dalam sejam bergantung pada berapa tinggi ukuran WBGT, serta tahap aktiviti fizikal, kata MOM.

Contohnya, seorang pekerja luar harus mendapat rehat lima hingga 10 minit setiap jam jika WBGT adalah antara 32 dan 33 darjah Celsius dan mereka melakukan aktiviti fizikal yang ringan seperti menolak atau menarik barang ringan dan berjalan biasa.

Seorang pekerja luar perlu berehat selama 15 minit jika mereka melakukan aktiviti fizikal yang berat, seperti menyodok, apabila ukuran WBGT mencecah 33 darjah Celsius.

Majikan boleh menggunakan aplikasi myENV Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk memantau bacaan WBGT.

Tapak pembinaan dengan nilai kontrak $5 juta atau lebih, limbungan kapal dan industri proses dikehendaki mempunyai alat mengukur WBGT di tapaknya.

Pekerja baru dan mereka yang pulang dari cuti lebih seminggu mesti didedahkan kepada tugas di luar secara beransur-ansur selama sekurang-kurangnya tujuh hari.

Selain itu, semua pekerja mesti mengambil sekurang-kurangnya 300 ml air setiap jam, dan berehat di tempat yang teduh.

Menurut tinjauan cuaca dua minggu Perkhidmatan Meteorologi Singapura untuk 16 hingga 31 Oktober, julat suhu maksimum harian dijangka antara 33 dengan 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari.

Untuk dua minggu pertama bulan Oktober, suhu maksimum meningkat melebihi 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari, malah melebihi 35 darjah Celsius di beberapa bahagian Singapura pada 9 Oktober.

Tempat kerja juga digalakkan supaya melaksanakan sistem bekerja secara berpasangan, dengan tujuan mengenal pasti lebih awal dan rawatan dapat dijalankan dengan segera bagi mereka yang menunjukkan simptom kecederaan haba.

“Majikan akan dikehendaki melaksanakan langkah-langkah ini untuk mengurangkan risiko tekanan haba bagi pekerja luar dan MOM akan menjalankan pemeriksaan di tempat kerja untuk memastikan langkah-langkah ini dilaksanakan,” kata MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >