Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM LEE HSIEN LOONG TERIMA ANUGERAH TERTINGGI NEGERI JOHOR

Majlis kurnia darjah Johor bagi PM Lee, Ho Ching penuh istiadat

May 07, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS pengurniaan darjah negeri Johor kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan isterinya, Cik Ho Ching, diadakan penuh istiadat di Istana Besar Johor semalam.



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada Encik Lee.



Darjah itu merupakan darjah tertinggi negeri Johor, dan membawa gelaran Datuk.



Kolar darjah itu berwarna emas dan merah, dan diperbuat daripada rantai berbentuk bulan sabit dan bintang, busur serta lambang nama-nama sahabat Nabi Muhammad.



Bahagian depan darjah itu pula mempunyai lambang harimau serta nama Nabi dalam bahasa Arab.



Bintang darjah itu pula diperbuat daripada perak dan mempunyai lambang bulan sabit dan bintang emas, dengan bahagian tengahnya juga memaparkan nama Nabi dalam bahasa Arab.



Darjah itu juga dilengkapi selempang berwarna kuning dan jalur biru di tengahnya serta lencana yang reka bentuknya sama dengan bintang darjah.



Pada majlis istiadat sama, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Datuk Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada isteri Encik Lee Hsien Loong, Cik Ho Ching.



Pangkat itu yang membawa gelaran Datin Paduka.



Cik Ho Ching warga Singapura pertama menerima pangkat itu.



Tanda kebesaran darjah itu merangkumi kolar, bintang, selempang, serta lencana leher dan selempang.



Bahagian depannya memaparkan nama Nabi dalam bahasa Arab, serta disokong motif daun gambir dan beri lada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >