Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majoriti murid PSLE ditempatkan di sekolah pilihan mereka

Dec 23, 2021 | 05:30 AM



RAMAI murid darjah enam yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini telah ditempatkan di sekolah menengah pilihan mereka berdasarkan keputusan penempatan menengah satu semalam.



Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, lebih 80 peratus murid telah ditempatkan di sekolah menengah daripada tiga pilihan pertama mereka dan lebih 90 peratus pula ditempatkan di sekolah berdasarkan enam pilihan pertama mereka.



Kohort pelajar tahun ini adalah yang pertama mengambil peperiksaan nasional di bawah sistem pemarkahan baru yang menggantikan markah-T (T-score) sebelumnya.



Mereka menerima keputusan penempatan sekolah menengah mereka semalam.



MOE berkata hasil penempatan bagi kohort PSLE 2021 adalah setanding tahun sebelumnya, termasuk kohort PSLE 2020 di bawah sistem penempatan S1 sebelumnya yang menggunakan markah-T.



Di bawah sistem pemarkahan baru yang pertama kali diumumkan pada 2016, setiap subjek PSLE peringkat standard dinilai menggunakan lapan peringkat yang dikenali sebagai Peringkat Pencapaian (AL).



Setiap murid diberi markah AL dari satu hingga lapan bagi setiap mata pelajaran, bukannya gred seperti A* hingga E.



Daripada markah-T sebelumnya, jumlah markah PSLE seorang murid kini merupakan jumlah AL bagi setiap empat mata pelajaran, dengan jumlah markah terbaik merupakan empat.



Sistem baru itu bertujuan mengurangkan tekanan kepada murid kerana mereka tidak perlu mengejar markah terakhir dalam usaha untuk menunjukkan prestasi lebih baik berbanding rakan sebaya mereka.



MOE menambah bahawa mata potongan (COP) - markah PSLE pelajar terakhir dihantar ke sekolah tertentu untuk setiap kursus - sebahagian besarnya stabil berbanding COP indikatif yang diterbitkan MOE awal tahun ini.



Majoriti COP sekolah adalah sama dengan COP mereka.



"Sekolah yang mengalami turun naik kebanyakannya menyaksikan perubahan 1 AL dalam COP mereka berbanding COP indikatif mereka.



"Tiada sekolah yang mempunyai COP 4 atau 5," kata MOE.



Pelajar tidak perlu melaporkan diri dengan segera ke sekolah menengah mereka selepas menerima keputusan penempatan mereka.



Mereka harus merujuk kepada laman web sekolah mereka yang disiarkan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti arahan mengenai pembelian buku dan pakaian seragam dalam talian, senarai buku dan butir pelaporan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >