Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KAJIAN MHA

Majoriti warga S'pura akur hukuman mati pencegah utama edar dadah

Kajian MHA libat 7,221 responden daripada enam bandar serantau * 82.5% responden berkata hukuman mati bagi kesalahan dadah lebih berkesan berbanding penjara seumur hidup
Oct 20, 2022 | 05:30 AM



LEBIH lapan daripada 10 penduduk di rantau Asia Tenggara berkata bahawa hukuman mati menyebabkan orang ramai tidak ingin mengedarkan jumlah besar dadah ke dalam Singapura.



Justeru, persepsi penduduk serantau di luar Singapura ini mencerminkan persetujuan kukuh dalam kalangan warga dan Penduduk tetap Singapura terhadap kesan hukuman mati sebagai pencegahan, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataannya semalam.



Dalam satu kajian ditauliahkan Pusat Sains Tingkah Laku Home Team (HTBSC) MHA, yang melibatkan 7,221 responden daripada enam bandar serantau, majoriti, atau 87.2 peratus, berkata mereka bersetuju bahawa hukuman mati adalah pencegahan.



Sejumlah 82.5 peratus responden juga berkata hukuman mati adalah pencegahan yang lebih berkesan bagi pengedaran dadah, berbanding penjara seumur hidup.



Enam bandar serantau itu tidak dinamakan dalam kajian.



Namun, MHA menambah bahawa bandar tersebut adalah dari mana asalnya kebanyakan pengedar dadah yang ditangkap dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Apabila dibentangkan dengan empat akibat undang-undang (hukuman mati, penjara seumur hidup, rotan, dan hukuman penjara), kajian itu mendapati bahawa 62 peratus responden juga percaya bahawa hukuman mati mencegah ramai orang daripada mengedar dadah ke dalam Singapura.



Kajian yang ditauliahkan HTBSC itu bertujuan meninjau persepsi penduduk dari bandar serantau terhadap keadaan jenayah, undang-undang dan keselamatan Singapura.



Ia dijalankan dalam dua fasa pada 2018 dan 2021.



Mengenai persepsi penduduk serantau terhadap keselamatan di Singapura, majoriti responden, atau 94.3 peratus, menganggap Singapura sebagai negara yang selamat apabila mereka pergi ke Singapura, manakala 93.8 peratus mempercayai penguatkuasaan undang-undang Singapura memastikan mereka selamat.



Sebanyak 76.5 peratus responden pula berkata mereka tidak bimbang menjadi mangsa jenayah apabila mereka berada di Singapura.



Sebilangan besar responden juga percaya bahawa undang-undang terhadap jenayah di Singapura adalah ketat (92 peratus) dan berkesan dalam mencegah jenayah (91 peratus).



Malah, 88 peratus responden percaya orang ramai akan teragak-agak untuk melakukan jenayah di Singapura kerana undang-undangnya yang ketat.



Merentas semua bandar, 89.2 peratus responden yakin dengan penguatkuasaan undang-undang Singapura.



Majoriti responden percaya bahawa mereka yang melakukan kesalahan di Singapura akan ditangkap (93.3 peratus bagi jenayah berat, 91.7 peratus bagi pengambilan dadah, dan 94.2 peratus bagi pengedaran dadah).



Majoriti responden juga percaya bahawa pesalah tidak akan dapat mengelak hukuman apabila ditangkap di Singapura (81.5 peratus bagi jenayah berat, 86.2 peratus bagi pengambilan dadah, dan 89 peratus bagi pengedaran dadah).



Menyimpulkan dapatannya, kajian itu mendapati penemuan yang sama dalam kalangan penduduk dari bandar serantau dan warga serta penduduk tetap Singapura mengenai keselamatan dan tahap keyakinan mereka terhadap Pasukan Polis Singapura.



"Khususnya, kajian mendapati penduduk serantau a) menganggap Singapura selamat, b) mengetahui undang-undang untuk jenayah berat seperti pembunuhan dan pengedaran dadah, c) percaya bahawa undang-undang kita menghalang jenayah berat, dan d) percaya bahawa penguatkuasaan undang-undang kita berkesan," katanya.



Selain kajian kendalian HTBSC, MHA juga menjalankan atau mentauliahkan dua lagi kajian.



Ketiga-tiga kajian itu telah dikeluarkan dalam laman web MHA semalam.




“Khususnya, kajian mendapati penduduk serantau a) menganggap Singapura selamat, b) mengetahui undang-undang untuk jenayah berat seperti pembunuhan dan pengedaran dadah, c) percaya bahawa undang-undang kita menghalang jenayah berat, dan d) percaya bahawa penguatkuasaan undang-undang kita berkesan.”
- Menurut kajian Pusat Sains Tingkah Laku Home Team (HTBSC) Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >