Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAKAN SIHAT

Bukan semua lemak tidak baik

Mar 26, 2018 | 05:30 AM



SATU jenis kumpulan makanan yang kurang dalam sajian harian kita ialah lemak yang baik, atau 'good fats'.



Lemak baik ini, yang terdapat dalam makanan yang mengandungi Omega- 3 dan Omega-6 yang tinggi, penting untuk membantu kita mengawal penghadaman, mengurangkan keradangan dan membantu kita pulih lebih pantas apabila bersenam.



Ini kerana makanan sebegini mempunyai kandungan tinggi lemak tidak tepu tunggal dan pelbagai, atau monounsaturated dan polyunsaturated fats.



Kajian mencadangkan supaya seseorang makan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan yang mengandungi lemak tidak tepu dalam seminggu.



Antara ikan seperti ini ialah ikan salmon, juga kegemaran saya!



Minggu ini, saya menggabungkan ikan yang mudah dimasak dan lazat dimakan ini dengan mi soba - sejenis mi dari Jepun - dengan halia dan bawang putih. Cubalah.



  • Aqilah, 29 tahun, ialah pengasas dan ketua jurulatih (Sukan dan Pemakanan Senam) 1-Habit, syarikat yang memberi khidmat mentoring, penjurulatihan gaya hidup dan bimbingan menyusutkan badan secara berdaya tahan.

Ikuti beliau dan pelajari resipi lain di Instagram @aqilah.1habit; YouTube: http://youtube.com/user/aqilahnorazman; atau di laman web: mealprep.asia.




Mi Soba dengan Ikan Salmon Berempah Halia dan Bawang Putih



Hidangan buat 1 orang



Waktu memasak: 20 minit



Anggaran kos: $6.50 setiap hidangan



Setiap hidangan mengandungi: 



494 kalori

30 gram protein

28.7 gram karbohidrat

27.6 gram lemak



BAHAN



100 gram mi soba



2 sentimeter halia, diparut



1 sudu teh bawang putih yang diparut



1 sudu teh kicap cair



100 gram ikan salmon



200 gram campuran tiga jenis sayur (saya gunakan cendawan enoki, lada benggala merah dan asparagus Thailand)



1 sudu teh minyak zaitun 'extra virgin'



Cili padi, minyak bijan dan jus limau nipis untuk menghidang



CARA MEMASAK



1. Masak mi soba mengikut arahan yang tertera pada peketnya. Biasanya, mi soba direbus selama tiga minit. Ketepikan.



2. Bagi menyiapkan bahan perapan, bubuh halia dan bawang putih parut ke dalam mangkuk kecil. Masukkan kicap cair dan kacau sehingga sebati.



3. Masukkan ikan salmon ke dalam bancuhan perapan dan gaul biar rata. Simpan di dalam peti sejuk sementara menyiapkan bahan lain.



4. Sediakan sayur-sayuran: Hiris asparagus sepanjang 2 sentimeter, potong lada benggala dan cendawan enoki dan campurkan ke dalam mangkuk.



5. Panaskan kuali tidak melekat sehingga suhu sederhana dan tuang minyak zaitun ke dalamnya. Apabila minyak panas, masukkan ikan salmon. Simpan baki sos perapan.



6. Terbalikkan ikan salmon selepas beberapa minit. Permukaan yang menyentuh kuali akan menunjukkan kesan gorengan kehitam-hitaman.



7. Terbalikkan lagi ikan salmon ini dan terus memasak sehingga anda berpuas hati.



8. Alihkan ikan salmon yang telah dimasak ke dalam pinggan.



9. Masukkan sayur-sayuran ke dalam kuali dan tuang baki sos perapan ke dalam kuali. Kacau dan goreng sayur-sayuran ini selama dua minit.



10. Untuk menghidang, bubuh mi soba di atas pinggan dan campurkan dengan sayur-sayuran. Gaul hingga rata. Jika anda inginkan 'kick' tambahan, tambah cili padi yang telah dihiris. Akhir sekali, letakkan ikan salmon di atas mi, renjiskan dengan minyak bijan dan perahkan sedikit jus limau nipis ke atas hidangan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >