Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Makanan percuma bagi golongan susah, pekerja berkorban semasa wabak

Nov 13, 2022 | 08:26 AM



SEMPENA Hari Kebaikan Sedunia hari ini, badan amal Free Food For All (FFFA) membantu dan menyebarkan keceriaan kepada lebih 10,000 orang, daripada golongan memerlukan dan mereka yang berkorban sewaktu pandemik menerusi dua inisiatifnya bagi memupuk masyarakat lebih ihsan.



Sebanyak 10,000 makanan Barat, Cina dan India bento halal diagih kepada keluarga berpendapatan rendah, warga emas dan kanak-kanak di rumah kebajikan dengan kerjasama pembekal CP Foods.



Ia juga diagih kepada pekerja penjagaan kesihatan dan pekerja migran bagi mengiktiraf pengorbanan mereka dan cabaran yang dihadapi mereka sewaktu Covid-19, menurut FFFA.



Seorang ahli lembaga FFFA, Encik Mohamad Faiz Selamat, berkata: "Objektif acara ini melebihi sekadar mengagih makanan lazat dan berkhasiat. Kami berharap perbuatan berkongsi makanan baik boleh menyemarakkan semangat menyebarkan kebaikan kepada semua, tidak kira bangsa, agama, kewarganegaraan dan status ekonomi."



Sabtu lalu, badan amal itu dengan sokongan Kelab Masyarakat Chong Pang melancarkan mesin layan diri mengandungi ayam beku siap untuk dimasak bagi keluarga berpendapatan rendah dan warga emas yang tinggal di Yishun.



Mesin di kolong Blok 162 Yishun Street 11 itu - salah satu blok sewa yang menerima khidmat FFFAl - melengkapi peti sejuk masyarakat yang dilancar di blok sama dua tahun lalu.



Selain itu, 150 keluarga telah menerima kad prabayar bagi mereka membeli ayam dari mesin tersebut.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang hadir bagi pelancaran semalam, berkata mesin layan diri itu satu inisiatif baik untuk menyediakan protein dan zat makanan lain kepada keluarga memerlukan. ▶ NUR HUMAIRA SAJAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >