Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Politeknik Temasek, Warees Halal tawar kursus urus sijil halal dan asas sains makanan

Sep 07, 2022 | 05:30 AM



    SEBUAH kursus lima hari yang dipercepatkan dalam pengurusan pensijilan halal dan asas sains makanan akan ditawarkan oleh Politeknik Temasek (TP) hasil kerjasama dengan syarikat Warees Halal, bermula Januari tahun depan.



    Program latihan itu akan memenuhi keperluan industri halal yang sedang berkembang pesat.



    Satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara TP dengan Warees Halal dalam acara Halal Theatre @ Food & Hotel Asia 2022 di Singapore Expo kelmarin.



    Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), ketua Perkhidmatan Pemakanan Gunaan dan Unit Penyelidikan Indeks Glisemik Sekolah Sains Gunaan TP, Dr Kalpana Bhaskaran, berkata kursus bertajuk 'Asas Sains Makanan dan Pengurusan Sijil Halal' itu akan menawarkan program latihan menyeluruh yang meliputi pelbagai topik bagi memenuhi keperluan industri.



    "Oleh kerana salah satu sektor terbesar ekonomi halal sejagat ialah makanan, dan hakikatnya, makanan industri menghadapi cabaran yang hebat sekarang, menyediakan penduduk sejagat yang semakin berkembang dengan makanan yang mencukupi, sihat di samping memastikan kemampanan jangka panjang dan kehidupan planet ini adalah penting.



    "Sebagai sebahagian daripada kursus ini, sebuah modul dalam asas Sains Makanan dan Teknologi akan ditawarkan bagi memberi pelatih dengan pemahaman terperinci dalam kimia makanan,'' kata Dr Bhaskaran, dalam kenyataannya semalam.



    Antara lain, ia akan menyertakan pengetahuan mengenai pelbagai bahan tambahan makanan baru yang digunakan dalam pembangunan produk makanan; sumber dan kesannya terhadap pensijilan halal; konsep mikrobiologi makanan dan juga trend terkini dalam teknologi pemprosesan makanan.



    Ia juga akan memberi tumpuan kepada protein alternatif masa depan, serta trend pembungkusan mampan, iaitu bahan bioaktif yang digunakan untuk pembungkusan dan kesesuaiannya untuk logistik halal.



    Sekolah Sains Gunaan TP mempunyai pakar dalam Sains dan Teknologi Makanan dan Bioteknologi Perubatan untuk menjalankan modul itu bersama jurulatih dari Warees Halal.



    Makmal makanan dan masakan khusus TP turut menawarkan latihan amali dalam pembangunan produk makanan kepada para peserta.



    Sebagai tambahan, peserta juga akan mempelajari pelbagai teknik diagnostik untuk mengesan DNA seperti alkohol dan porsin dalam matrik makanan yang berbeza di makmal forensik halal TP.



    Mengulas mengenai penandatangan MOU kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warees Halal, Cik Dewi Hartaty Suratty, berkata MOU itu akan menyediakan sokongan kepada perniagaan dalam bidang pembangunan keupayaan, penyelidikan dan ujian untuk mempermudahkan pembangunan, pematuhan dan perdagangan produk dan perkhidmatan halal di peringkat sejagat.



    Mereka juga akan mewujudkan laluan pembelajaran berstruktur bagi penuntut di institut pengajian tinggi dan pelajar dewasa dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan alat relevan dan terkini sepanjang kerjaya mereka dalam industri halal dan makanan.



    "Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai topik daripada trend pasaran dan industri, asas sains dan teknologi makanan, syarat pensijilan halal dan juga pembangunan dan penyenggaraan sistem pengurusan mutu halal," kata Cik Dewi.




    MAKLUMAT MENGENAI WAREES HALAL 



    • Warees Halal Limited (WHL) dimulakan pada 2006 sebagai divisyen halal di bawah Warees Investments Pte Ltd, sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Pada 11 September 2014, WHL didaftarkan sebagai syarikat bukan mencari untung terhad oleh jaminan. Ia mempunyai lembaga pengarahnya sendiri. 

    • Ia merupakan pusat halal sehenti yang menyediakan huraian menyeluruh kepada perniagaan melalui nasihat halal, pembangunan keupayaan, pensijilan halal antarabangsa dan khidmat hubungan dagangan.

    • Ia menyediakan khidmat kepada perniagaan yang ingin mengeksport produk dan khidmat kepada pengguna Islam di dunia.

    • Warees Halal diterajui CEO-nya, Cik Dewi Hartaty Suratty.




    Video Baru

    Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
    Pilih perkataan yang betul 1/3
    =
    Pilih perkataan yang betul
    Betul!
    Salah!
    < Kuiz sebelumnya
    Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
    Kuiz seterusnya >