Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki ajak masyarakat 'hidupkan' Anjung@WGS

Jul 08, 2022 | 05:30 AM



USAHA 'mendekati' masyarakat bagi menghidupkan Anjung@Wisma Geylang Serai (WGS) kini bermula selepas ruang pelbagai guna seluas 1,704 meter persegi itu siap dibina, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.



Anjung yang merupakan prasarana lanjutan WGS itu akan menjadi nadi kawasan Geylang Serai dan akan dibangunkan menjadi jalur budaya masyarakat Melayu, tambah Dr Maliki sehari sebelum pelancaran ruang bagi pelbagai kegunaan tersebut.



Dr Maliki, yang juga pengerusi Jawatankuasa Budaya Geylang Serai, berkata aspek pembangunan selanjutnya adalah di luar Kompleks Joo Chiat, kawasan di depan Pasar Geylang Serai serta jejatas penghubung antara pusat beli-belah itu dengan pasar tersebut.



"Saya ingin nyatakan bahawa peluasan bangunan WGS, yang kini meliputi Anjung, akan menjadi nadi jalur budaya Geylang Serai.



"Di sinilah banyak kegiatan utama yang akan berlangsung.



"Kami akan menghampiri para peserta, memberitahu mereka apakah perancangan untuk seluruh jalur budaya dalam kawasan ini.



"Dengan Anjung, seruan saya kepada semua kumpulan berkepentingan dan masyarakat umum ialah agar mereka datang dan hidupkan kawasan ini," katanya.



Anjung@WGS rai sejarah, warisan kawasan Geylang Serai



Kegunaan bagi kemudahan gelanggang berbumbung itu kelak meliputi pelbagai tujuan sosial, acara kesukanan dan majlis privet.



Pada masa yang sama, Anjung boleh digunakan sebagai sebuah pusat untuk menarik minat masyarakat setempat secara keseluruhannya.



"Kadang kala, jika anda anjurkan untuk majlis tersendiri seperti perkahwinan, ia dapat menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang, memandangkan Anjung ini ruang yang terbuka.



"Jadi apabila mereka ke Geylang Serai, satu lagi pendedahan mengenai budaya Melayu dapat ditonjolkan secara tidak langsung," ujarnya.



Pada masa yang sama, pihaknya juga ingin menjadikan Anjung sebagai sebuah lokasi pameran dagang oleh para peniaga, tambahnya.



Malah, lokasinya yang terletak bersebelahan WGS bermakna acara seperti bazar Ramadan dapat diadakan di Anjung dengan selesa.



"Sebab itulah saya katakan bahawa visi saya untuk melihat tempat ini sebagai nadi untuk menarik masyarakat daripada pelbagai latar belakang," jelasnya.



Lantas pihaknya masih terus mengalukan idea-idea tentang bagaimana ruang ini boleh digunakan sebaiknya.



"Beritahu kami bagaimana anda ingin manfaatkan ruang ini - tidak kira untuk bersukan, budaya atau kegiatan peribadi.



"Yang penting, tempat ini perlukan kehadiran anda untuk pastikan ia berjaya," jelasnya.



Selepas Anjung@WGS selesai dibina, fasa selanjutnya adalah kepada usaha membangunkan semula kawasan luar Kompleks Joo Chiat, di hadapan Pasar Geylang Serai, jejatas di jalan raya utamanya, serta pemasangan sebuah gerbang di simpang utama kawasan tersebut.



Kini, proses kajian teknikal dengan pihak konsultan bagi pembangunan selanjutnya sedang berjalan, tambah Dr Maliki.



Kos kerja binaan Anjung@WGS dianggarkan menelan belanja sekitar $4 juta.



Anjung@WGS merupakan sebahagian daripada rancangan luas untuk membangunkan kawasan Geylang Serai menjadi jalur budaya masyarakat Melayu, yang bukan hanya merangkumi rancangan pembangunan prasarana, malah juga program buat masyarakat.



Usaha itu bertujuan menyuntik nafas baru kepada kawasan tersebut, serta meraikan sejarah dan warisannya.



Jalur itu meliputi kawasan Tanjong Katong Complex hingga Kelab Masyarakat (CC) Kampong Ubi, iaitu sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue.



Ruang Anjung@WGS akan disewakan bagi kegunaan pelbagai kegiatan yang akan berlangsung.



"Memandangkan ia ruang yang terbuka, terdapat orang ramai yang boleh datang untuk menontonnya.



"Jadi kami sediakan pelbagai peluang dan platform untuk pelbagai kumpulan berkepentingan beraksi di sini," ujarnya lagi.



Menyentuh tentang cabaran yang dihadapi sepanjang pembinaan Anjung@WGS, Dr Maliki berkata meskipun banyak perancangan telah dibuat di peringkat awal, namun pandemik mula melanda dan menjejas perancangan tersebut.



Katanya, bila wabak Covid-19 melanda, terdapat banyak halangan yang mengehadkan proses pembinaannya.



Ini termasuk kakitangan dan bahan yang berkurangan.



"Tapi mujur pasukan kami dan pasukan kontraktor dapat pastikan kerja diselesaikan mengikut jadual.



"Dan kami juga dapat sokongan pasukan agensi pemerintah yang terlibat dalam keseluruhan pembangunan jalur budaya Geylang Serai," jelasnya.



Berkongsi tentang pelancaran Anjung@WGS malam ini, Dr Maliki berkata pihaknya telah mengatur beberapa acara yang dapat memberi contoh tentang bagaimana Anjung dapat digunakan.



Antaranya acara bersukan seperti sepak takraw, silat, selain bola sepak gelanggang.



Satu acara kebudayaan pelbagai kaum juga akan dapat memaparkan budaya masing-masing yang melambangkan kepelbagaian dan keharmonian kaum di sini.



Mengenai visinya terhadap Anjung, Dr Maliki melahirkan harapan Anjung menjadi ruang bagi sesiapa sahaja - tidak kira kumpulan usia, minat, atau apa yang ingin dipaparkan kepada masyarakat.



"Apa yang harus kita lihat pada masa akan datang adalah peranan Anjung@WGS sebagai sebuah pusat utama untuk seluruh masyarakat Singapura," katanya.




"...Visi saya untuk melihat tempat ini sebagai nadi untuk menarik masyarakat daripada pelbagai latar belakang.



Yang penting, tempat ini perlukan kehadiran anda untuk pastikan ia berjaya."
- Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >