Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Badan bantu diri akan kerjasama tumpu pembangunan kepimpinan belia

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



BADAN bantu diri (SHG) di sini akan memulakan kolaborasi baru yang memberi tumpuan pada pembangunan kepimpinan belia dan sukarelawan yang berkolaborasi.



Ini diumum oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, di Majlis Anugerah Tuisyen Bersama (JTA) 2022, semalam.



Beliau berkata setiap SHG boleh memanfaatkan pertalian budaya dan keupayaan dalam masyarakat dan mewujudkan rangkaian sokongan lebih baik untuk membantu golongan memerlukan daripada setiap masyarakat.



"Kita faham bahawa setiap masyarakat etnik mempunyai keperluan unik dan ia disokong oleh badan-badan yang berlainan," katanya



"Usaha yang dijalankan ini akan melengkapi usaha masyarakat bagi mengurangkan ketidaksamaan serta mengelakkan golongan kurang bernasib baik terjejas hingga ke generasi seterusnya," tambahnya.



Melalui beberapa dialog yang akan dianjurkan, belia akan berpeluang bekerjasama dan menyertai secara aktif dalam melakar laluan kolektif masyarakat ke hadapan.



Kolaborasi pula akan meningkatkan peluang bagi beliau berinteraksi dan berkhidmat di SHG berbeza.



SHG terdiri daripada Yayasan Mendaki, Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Serani (EA), dan Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda).



Dalam ucapannya di majlis itu, Dr Maliki turut memuji pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.



Seramai 786 pelajar daripada keempat-empat SHG diiktiraf bagi kecemerlangan akademik mereka dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'N' dan 'O' tahun lalu.



Daripada jumlah itu, 236 adalah pelajar Melayu/Islam, bertambah 80 peratus daripada tahun lalu.



Mengulas mengenai pertambahan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mendaki, Cik Aidaroyani Adam, berkata pencapaian itu amat memberangsangkan.



"Mendaki akan terus menawarkan program berkualiti dan relevan kepada pelajar kita," ujar beliau.



Antara penerima semalam ialah Mohammed Fahri Mohammed Firman, 13 tahun, yang menerima anugerah Pelajar Keseluruhan Terbaik (PSLE) dan kini menuntut di Raffles Institution.



Bekas pelajar Sekolah Rendah Woodlands itu berkata: "Kelas kecil di MTS (Skim Tuisyen Mendaki) memberi saya peluang menyuarakan masalah yang saya hadapi.



"Guru saya juga memastikan saya selesa dan mengulang kaji bersama saya topik-topik yang saya tidak faham di dalam kelas."



Melahirkan perasaan gembira menerima anugerah ini, Fahri berkata: "Anugerah ini akan mendorong saya untuk terus bekerja keras di sekolah dan tidak putus asa dalam sebarang tugas atau cabaran yang saya hadapi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >