Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Covid-19 peringatan dunia perlu pertahan multilateralisme, tolak sikap perlindungan

Sep 22, 2023 | 06:19 PM



Pandemik Covid-19 memberikan peringatan bahawa dalam dunia yang saling terhubung, tidak ada satu negara boleh menangani kejutan global secara bersendirian, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Mohamad Maliki Osman.

Oleh itu, negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti bekerjasama untuk mempertahankan multilateralisme dan menentang dasar perlindungan yang berpandangan ke dalam jika ia mahu kekal relevan, berdaya tahan dan kekal peranannya.

“Memandangkan krisis yang kita hadapi hari ini - daripada krisis berkaitan iklim, makanan dan air kepada gangguan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) - peluang bertindak semakin sempit dan kita mesti merebut peluang dalam sidang puncak untuk berbuat demikian,” kata Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan).


Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kenyataan kebangsaan Singapura di Mesyuarat Persediaan Kementerian untuk ‘Sidang Puncak Masa Hadapan’ pada Khamis di New York.

Mesyuarat itu, yang diadakan sebagai acara sampingan Perhimpunan Agung PBB ke-78, akan menetapkan agenda untuk ‘Sidang Puncak Masa Hadapan’, satu inisiatif di bawah laporan ‘Agenda Bersama’ Setiausaha Agung PBB, yang bakal diadakan pada 2024.

Semasa ucapannya, Dr Maliki turut menggesa negara-negara supaya mengadakan strategi berorientasikan tindakan untuk mempercepat pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan merapatkan jurang pembangunan yang semakin meluas.

“Kita perlu membangunkan strategi berorientasikan tindakan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak berkepentingan dan bekerjasama untuk mempercepat pelaksanaan Agenda 2030.

“Jika kita tidak segera menangani jurang pembangunan yang semakin meluas, ini juga boleh menjejaskan perpaduan global yang kita perlukan untuk menangani cabaran dunia lain seperti perubahan iklim.

Dr Maliki turut menekankan kepentingan membangunkan norma dalam bidang-bidang baru seperti AI, siber, dan angkasa lepas, sambil mematuhi piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

“Rangka kerja pelbagai hala yang kukuh untuk isu keamanan dan keselamatan perlu mengikut peredaran masa dan diperlengkapkan untuk bertindak balas terhadap realiti dalam persekitaran geopolitik dan keselamatan semasa, terutama cabaran yang muncul seperti AI, siber dan angkasa lepas.

“Kita perlu menggandakan usaha membangunkan norma dan peraturan untuk bidang ini untuk mengikuti perubahan teknologi yang pesat,” kata Dr Maliki.

Beliau juga mengesahkan sokongan Singapura untuk inisiatif seperti Kompak Digital Global, yang akan berfungsi sebagai rangka tindakan bagi negara-negara untuk merebut peluang yang dibentangkan melalui transformasi digital, berpandukan prinsip rangkuman digital, inovasi dan saling kendali.

“Kita juga harus menyasarkan kepada kompak yang berorientasikan tindakan yang membolehkan kita memanfaatkan kepelbagaian dasar di seluruh dunia.

“Ia juga harus memberikan idea kukuh tentang cara kita menggunakan teknologi seperti AI untuk mencapai SDG, sambil menggalakkan kebertanggungjawaban, kepercayaan dan keyakinan dengan mewujudkan alat perlindungan dan tadbir urus,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >