Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki lawat Algeria, Mesir

Nov 06, 2023 | 06:59 PM



Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, akan mengadakan satu lawatan kerja ke Algiers, Algeria pada 7 dan 8 November, serta Kahirah, Mesir mulai 9 hingga 11 November.

Lawatan Dr Maliki itu akan mengesahkan hubungan mesra dan berpanjangan antara kededua negara, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin.

Di Algeria, Dr Maliki yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar akan memperingati 40 tahun penubuhan hubungan diplomatik antara Singapura dengan Algeria.

Beliau akan juga bertemu dengan para pemimpin serta usahawan Algeria.

Di Mesir, Dr Maliki akan bertemu pemimpin Mesir dan para wakil masyarakat perniagaan Singapura yang berada di Mesir.

Dr Maliki juga akan melawat Zon Ekonomi Terusan Suez dan menghadiri sesi mendekati pelajar Singapura dan pemimpin belia Mesir secara berasingan.

Dalam lawatan tersebut, Dr Maliki akan ditemani para pegawai daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >