Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki puji sikap tenang masyarakat meski terkesan dengan situasi di Gaza

Nov 06, 2023 | 06:41 PM



Warga Singapura sejauh ini berhati-hati untuk tidak membiarkan apa yang berlaku di luar negara menjejas keharmonian sosial negara.

Ini meskipun pada masa yang sama, hati warga Singapura rasa dukacita terhadap mereka yang terjejas di Gaza.

Reaksi kedua-dua masyarakat Muslim dan Yahudi di sini mencerminkan model kewujudan bersama dan keharmonian sosial yang telah dibina di sini – sesuatu yang tidak boleh Singapura ambil sambil lewa dan mesti terus bekerja keras untuk memelihara.

Demikian menurut Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam ucapannya di Parlimen pada Isnin semasa membahaskan usulan ‘Perpaduan, Keselamatan dan Keamanan – Konflik Israel-Hamas’.

“Pada keseluruhannya, rakyat Singapura telah berhati-hati untuk tidak membiarkan apa yang berlaku di luar negara menjejas keharmonian sosial kita di sini, biarpun kita turut merasa terkesan dengan mereka yang terjejas di Gaza.

“Kami menghargai kedua-dua masyarakat Islam dan Yahudi di sini yang telah bertindak tenang dan mengawal perasaan. Pemimpin-pemimpin agama seperti Mufti dan Ketua Rabbi telah meluahkan simpati, memberi keyakinan dan sokongan antara satu sama lain.

“Ini mencerminkan bahawa satu model saling wujud bersama tidak mustahil, dan sebagai sebuah masyarakat, kita mesti menggembleng segala usaha yang ada untuk memelihara keharmonian sosial yang telah kita bina di Singapura.

“Melihat pada model alternatif di Timur Tengah hari ini, kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa apa yang kita ada dan kita perlu terus bekerja keras untuk memeliharanya,” ujar Dr Maliki.

Dalam ucapannya juga beliau mengajak agar masyarakat memahami krisis yang sedang berlaku dalam konteks sejarah.

Persengketaan dan pertelingkahan antara Israel dengan Palestin sudah lama berlaku dan sangat rumit.

“Ada yang mengatakan bahawa serangan itu wajar akibat rasa tidak puas hati bersejarah rakyat Palestin, serta layanan yang mereka terima daripada Israel, tak kira siapa yang memerintah.

“Tetapi tiada apa yang boleh membolehkan tindakan ganas yang dilakukan Hamas. Justeru pemerintah Singapura mengutuk keras tindakan ganas Hamas.

“Sekarang kami menggesa pembebasan tanpa syarat, yang selamat dan segera bagi kesemua warga awam yang telah dijadikan tebusan di Gaza. Israel mempunyai hak yang sah dalam rangka undang-undang antarabangsa untuk mempertahankan rakyat dan wilayah daripada serangan bersenjata dan tindakan keganasan, seperti juga Singapura,” kata Dr Maliki.

Beliau menekankan pendirian Singapura terhadap huraian dua negara yang dirundingkan – “satu-satunya cara yang berdaya maju untuk Israel dan Palestin hidup bersampingan dalam keadaan aman dan selamat”, katanya.

Dr Maliki turut menekankan perlunya kedua-dua Israel dan Palestin komited terhadap huraian tersebut untuk mencapai kedamaian yang berpanjangan.

“Untuk menjadikan huraian ini realiti, kedua-dua Israel dan Palestin perlu mempunyai keazaman politik untuk membuat kompromi yang diperlukan bagi menyelesaikan konflik yang mereka hadapi selama ini.

“Ini bukan dan tidak boleh datang dari tekanan perang media sosial, bukan pula tekanan dari negara yang lain dan tentunya bukan dari keganasan biar pun ia adalah untuk menuntut balas dendam atas keganasan – itu bukanlah huraiannya.

“Ini hanya akan membatukan dan mengeraskan hati generasi seterusnya justeru merumitkan lagi usaha mencapai sebarang huraian. Meskipun sukar, memandangkan konflik di Gaza sekarang ini, kami terus berharap bahawa pada masa yang akan datang, kedua-dua pihak akan menyertai rundingan langsung atas dasar huraian dua negara.

“Kitaran keganasan yang berterusan mesti diputuskan. Sebagai rakan kepada kedua-dua Israel dan Palestin, Singapura secara ikhlas berharap agar keamanan akhirnya akan wujud,” tambah Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >