Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maliki lawat Brunei sempena Hari Raya

Apr 24, 2023 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), sedang melakukan lawatan ke Brunei yang bermula Ahad hingga Rabu bersempena Hari Raya Aidilfitri.



Ini merupakan lawatan yang pertama seumpamanya sejak pandemik Covid-19.



Sebelum ini, Dr Maliki telah mengadakan lawatan ke Brunei sempena Hari Raya sejak 2016, menurut satu kenyataan oleh Kementerian Ehwal Luar pada Ahad.



Beliau dan delegasi Singapura diundang ke majlis Rumah Terbuka beberapa menteri Brunei dan personaliti kanan Brunei yang lain.



Dr Maliki akan menjadi tetamu terhormat di satu acara Rumah Terbuka Hari Raya yang dihoskan Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Brunei pada Rabu.



Acara itu bakal dihadiri beberapa pemimpin Brunei dan anggota pertubuhan diplomatik.



Semasa lawatan itu, Dr Maliki ditemani isterinya, Cik Sadiah Shahal; Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Kesihatan merangkap Undang-Undang, Cik Rahayu Mahzam; dan Anggota Parlimen, Encik Yip Hon Weng.



Menulis di Facebook, Dr Maliki berkata beliau teruja untuk menyambung semula lawatan Hari Raya tahunan ke Brunei yang telah terjejas oleh pandemik Covid-19.



"Tidak sabar untuk berhubung semula dengan rakan lama dan bertemu yang baru untuk menikmati juadah Hari Raya yang lazat dalam beberapa hari akan datang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >