Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki tekankan kepekaan pada isu perubahan iklim, multilateralisme dalam dakap norma baru di Mesyuarat Menteri IORA

Nov 17, 2021 | 10:24 PM



SEDANG penduduk dunia belajar untuk hidup bersama Covid-19 dan mengorak kemajuan mantap ke arah norma baru, tiada individu yang harus ditinggalkan.



Membuat pengamatan demikian dalam ucapannya di Mesyuarat Menteri Majlis Persatuan Lingkungan Lautan Hindi (IORA) pada Rabu (17 November), Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, menjelaskan perubahan iklim dan keperluan bagi pembangunan mampan kekal sebagai isu yang sedia ada buat ramai penduduk dunia.



“Sidang Puncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-26 atau COP26 yang baru dilabuhkan tirainya telah menyuntik desakan segar buat tindakan iklim global.



“Lebih banyak negara telah memberi komitmen buat Strategi Sumbangan Kesungguhan dan Pembangunan Pengeluaran Rendah Jangka Panjang.



“Namun, lebih banyak keperluan perlu dilakukan jika kita ingin membataskan pemanasan global secara berkesan, sesuatu yang penting bagi mengelakkan kesan paling teruk pada perubahan iklim.



“Perjanjian Paris kekal sebagai harapan terbaik kita bagi huraian kolektif terhadap  cabaran global ini serta pihak-pihak yang terlibat harus terus berusaha memastikan pelaksanaan penuh Program Kerja Perjanjian Paris ini,” jelas Dr Maliki.



Beliau melahirkan rasa gembira melihat IORA turut memainkan peranannya, menerajui usaha pembangunan mampan termasuk menerusi inisiatif Hab Karbon Biru IORA yang dilancarkan pada  Sidang Menteri IORA Ketiga Mengenai Ekonomi Biru di Dhaka dua tahun lalu.



“Agensi Singapura telah meraih manfaat daripada bengkel relevan yang dianjurkan oleh Hab Karbon Biru IORA.



“Sebagai contoh, Institut Pemodelan Air Bangladesh menjadi hos bersama webinar mengenai solusi berteraskan alam buat pengurangan risiko pesisir pantai dengan Hab Karbon Biru IORA pada Mei tahun ini.



“Webinar ini menyediakan wawasan berguna dalam meninjau beberapa projek karbon biru serata dunia,” katanya.



Tiada satu huraian pun yang memenuhi keperluan semua pihak dalam menangani kesan perubahan iklim ini.



Tindakan menangani isu iklim ini perlukan kerjasama antarabangsa. Justeru, Singapura menanti masa bekerjasama dengan rakan di IORA bagi mencari huraian kemampanan.



Perkara kedua yang disentuh Dr Maliki adalah multilateralisme di mana kerjasama antarabangsa bagi pelbagai bidang adalah penting dalam memperkukuh kapasiti dan menampakkan hasil buat penduduk.



“Sebagai contoh, pakatan Covax (inisiatif untuk pastikan edaran sama rata vaksin secara global) yang membolehkan banyak anggota IORA meraih manfaat daripada akses lebih "adil dan saksama bagi vaksin Covid-19.



"Beberapa anggota IORA termasuk Singapura juga telah membuat sumbangan kepada pakatan Covax ini," katanya.



Sumbangan itu, jelas Dr Maliki, penting bagi membantu semua mengatasi cabaran yang dibawa Covid-19.



“Sebagai sebuah negara kepulauan kecil, Singapura adalah penyokong kuat pembangunan sumber insan.



“Ini adalah penting bagi kemajuan mampan dan pembangunan mana-mana negara.



“Dalam hal ini, saya amat gembira untuk memberitahu bahawa kursus  pembangunan kapasiti maya kedua bagi anggota negara IORA dan Sekretariat, yang ditawarkan di bawah Program Kerjasama Singapura (SCP) mengenai topik pengurusan projek telah diadakan dengan jaya antara 25 dengan 29 Oktober," tambahnya.



Sokongan ini diberi sejak 10 tahun lalu dan diteruskan dalam tempoh pandemik.

Kursus relevan di bawah SCP termasuk di bawah naungan Pakej Tindakan Iklim dan yang berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB seperti pengurusan pandemik, Industri 4.0 dan e-dagang.



Anggota IORA menikmati tajaan penuh bagi kursus ini yang kini dikendalikan secara maya.



Menurut Dr Maliki lagi, dalam ketidaktentuan geopolitik yang bertambah, IORA harus terus memperjuangkan kerelevanan sebagai platform multilateral berwibawa. Ini berdasarkan perintah antarabangsa berdasarkan undang-undang.



“Singapura komited untuk menyokong multilateralisme dan memupuk seni bina serantau yang terbuka dan inklusif.



“Sebahagian daripada komitmen ini nyata dalam usaha kita menggalak perkongsian pengalaman dalam pembinaan kapasiti menerusi  SCP," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >