Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaat hidrogen rendah karbon penuhi keperluan tenaga di S'pura

EMA akan teliti cara lindungi lebih ramai pembeli dari harga tenaga yang tidak menentu
Oct 26, 2022 | 05:30 AM



HIDROGEN rendah karbon boleh membekalkan hingga separuh keperluan tenaga Singapura menjelang 2050 dan membantu negara ini mencapai pengeluaran sifar bersih menjelang pertengahan abad ini.



Sementara itu, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan meneliti cara melindungi lebih ramai pembeli daripada harga yang tidak menentu dengan mengehadkan pasaran harga elektrik borong kepada mereka yang boleh bertahan turun naiknya.



Demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, di pembukaan Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura semalam.



Encik Wong ketika menyampaikan Kuliah Tenaga Singapura berkata hidrogen rendah karbon dilihat sebagai huraian yang semakin berpotensi.



Hidrogen boleh digunakan sebagai bahan api rendah karbon yang mengeluarkan sedikit atau tiada gas rumah hijau apabila dibakar. Apabila dihasilkan melalui elektrolisis air menggunakan tenaga boleh diperbaharui, hidrogen boleh mempunyai hampir sifar pelepasan.



"Walaupun teknologi dan rantaian bekalan itu masih baru, momentum telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pelaburan global dalam hidrogen karbon rendah telah meningkat dengan pesat, disokong oleh dasar negara-negara dunia untuk mempercepatkan pengeluaran dan penggunaannya," kata Encik Wong.



Kini terdapat semakin banyak projek pengeluaran di seluruh dunia, dan teknologi utama yang sedang diuji dijangka akan tersedia secara komersial pada tahun-tahun akan datang, katanya.



Perkembangan itu telah memberi pihak berkuasa keyakinan bahawa hidrogen karbon rendah boleh menjadi "sempadan seterusnya" dalam usaha domestik untuk mengurangkan pelepasan Singapura, di samping sumber tenaga boleh diperbaharui lain di dalam negara seperti tenaga solar dan import elektrik.



Ini berlaku sedang Singapura meningkatkan matlamat iklimnya, membuat komitmen kepada pelepasan sifar bersih menjelang 2050, kata pemerintah semalam.



Pelepasan gas rumah hijau Singapura juga akan mencecah 60 juta tan menjelang 2030 selepas memuncak pada awal dekad ini. Pelepasan sebelum ini diramalkan memuncak pada sekitar 65 juta tan menjelang 2030.



Sektor kuasa menyumbang sekitar 40 peratus daripada pelepasan Singapura.



Sementara itu, Encik Gan berkata EMA akan mengetatkan kriteria kelayakan bagi pelan harga elektrik borong supaya hanya pembeli yang dapat menangani risiko ketidaktentuan harga dibenarkan membeli pada harga tersebut.



Buat masa ini, pengguna elektrik yang besar seperti kedai kopi dan pusat beli-belah dengan penggunaan elektrik bulanan purata sekurang-kurangnya 4MWj (megawatt-jam), atau 10 kali ganda daripada flat HDB empat bilik, yang tidak boleh mendapatkan pelan harga tetap perlu membeli daripada pasaran borong, di mana harga turun naik setiap setengah jam, dan bukannya tarif terkawal SP Group.



Beberapa pembeli besar sedemikian mendapati mereka dalam dilema lewat tahun lalu apabila masalah tenaga global mencetuskan beberapa peruncit menarik diri dari pasaran, sekali gus menjejas sekitar 140,000 isi rumah dan 11,000 akaun perniagaan - bersamaan dengan 9 peratus pengguna di Singapura - yang gagal dapatkan pelan harga tetap.



Laporan lanjut: Pasaran elektrik disemak demi lindungi lebih ramai pembeli: Gan Kim Yong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >