Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa jenayah seksual akan diberi keutamaan, privasi bila buat laporan polis: Shanmugam

Apr 15, 2023 | 05:30 AM



MANGSA jenayah seksual akan diberi keutamaan dan privasi yang lebih apabila mereka membuat laporan di semua 34 pusat polis kejiranan mulai bulan ini.



Mereka akan dapat menyatakan di kios pengurusan barisan beratur bahawa mereka sedang melaporkan jenayah seksual dan akan diberi ruang peribadi sewaktu temu duga.



Menggariskan butiran inisiatif itu di Seminar Kesedaran Jenayah Seksual di Kompleks Polis Cantonment pada Jumaat, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata polis akan secara bertahap melancarkan pilihan 'Laporan Jenayah Seksual' di kios, yang akan dengan segera memaklumkan pegawai di pusat. Mangsa kemudiannya akan diberi keutamaan dan privasi.



"Tahun ini, kami akan meningkatkan usaha kami untuk menyokong mangsa jenayah seksual dan berharap ia akan mengurangkan halangan untuk melaporkan jenayah seksual," tambahnya.



Ini merupakan antara inisiatif baru dan peningkatan kepada usaha sedia ada yang diumumkan polis pada Jumaat.



Ia menyusuli laporan sebanyak 2,549 kes serangan seksual pada 2022 yang mencecah rekod tertinggi dalam lima tahun termasuk rogol, serangan seksual menerusi hubungan seks, mencabul kehormatan dan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dan mangsa mudah terjejas.



Angka itu menunjukkan peningkatan daripada 2021 di mana terdapat 2,459 kes dan 2020 apabila terdapat 2,212 kes.



Angka tahun lalu juga melebihi tahun sebelum tempoh pandemik, di mana terdapat 2,409 kes yang dilaporkan pada 2019, dan 2,414 pada 2018.



Sebelum itu, pada 3 April, polis telah membentuk Komand Jenayah Seksual dan Keganasan Keluarga (SFC) di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), yang mempunyai pegawai yang dilatih untuk menangani kes sedemikian.



Ketua cabang dasar dan operasi komand tersebut, Timbalan Superintenden Polis Sabrina Wong berkata SFC dibentuk untuk mempertingkat siasatan dan pengurusan kes pada tahap sistemik, termasuk penjagaan mangsa.



"Ini juga membolehkan sinergi lebih besar dalam pengurusan pihak berkepentingan dan penggubalan dasar, serta penyelerasan lebih baik bagi langkah huluan untuk menangani jenayah sebegitu," tambahnya.



Beliau bercakap demikian kepada media di Pusat Pemeriksaan Forensik Penganiayaan Sehenti (OneSAFE) yang diperbaharui di Kompleks Polis Cantonment yang akan dibuka nanti pada April, lapor akhbar The Straits Times.



Pusat itu membolehkan mangsa jenayah seksual untuk menjalani pemeriksaan forensik dan perubatan dalam kemudahan privet, daripada dibawa ke hospital awam. Naik tarafnya termasuk dua bilik perubatan baru untuk meningkatkan tampungannya bagi pemeriksaan perubatan forensik.



Selain bilik perubatan, pusat itu mempunyai dua bilik peribadi yang mempunyai katil, bilik temu duga dan bilik permainan bagi kanak-kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >