Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan editor BH Guntor Sadali meninggal dunia

Sep 07, 2022 | 09:18 AM



MANTAN Editor Berita Harian (BH), Encik Guntor Sadali meninggal dunia pada dini hari 7 September. 



Allahyarham, 69 tahun, pernah menerajui akhbar ini selama 15 tahun dan menyusuli itu, kekal sebagai Penasihat Editorial sehingga beliau bersara pada 2014.



Anaknya, Cik Winda Guntor memberitahu BH bapanya meninggal dunia sekitar 2.30 pagi di rumahnya di Edgefield Plains. 



Menurut Cik Winda, bapanya tidak mengalami masalah kesihatan sebelum ini kecuali tekanan darah tinggi yang dikawal baik dengan perubatan.



Solat jenazah bakal dijalankan di rumah Allahyarham sebelum pengebumian pada 10 pagi nanti.



Allahyarham meninggalkan seorang balu, Cik Mariam Arad, 65 tahun, tiga anak dan enam cucu.



Cik Winda berkata bapanya itu adalah seorang yang baik hati dan sentiasa bersedia membantu dengan caranya sendiri.



“Beliau sentiasa bercakap dengan lemah lembut tetapi bersemangat apabila melibatkan perkara yang  menjadi keprihatinannya. Beliau adalah seorang ayah yang penyayang, suami yang penyayang kepada ibu saya dan datuk yang penyayang kepada cucu-cucunya.



“Beliau sentiasa meletakkan keperluan orang lain dahulu dan sentiasa bersedia untuk berkorban untuk orang lain,” tambah Winda, yang bertugas sebagai pengurus di jabatan  Perhubungan Korporat Angkatan Karyawan Islam (AMP).



Allahyarham Guntor merupakan antara wartawan perintis akhbar ini.



Beliau berkhidmat di bilik berita selama 42 tahun dan telah melaporkan pelbagai berita penting dan sensitif melibatkan masyarakat Melayu.



Sepanjang berkhidmat dengan akhbar ini, beliau telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam dunia kewartawanan dan akhbar Melayu di Singapura.



Ini termasuk apabila Berita Harian di Singapura dan Berita Harian di Malaysia berpisah pada 1972 - kededua akhbar itu satu entiti dan berkongsi kandungan sebelum itu.



Allahyarham sebahagian pasukan pertama yang  melahirkan BH Singapura dengan kandungan sendiri.



Selain menjadi wartawan, Allahyarham juga pernah menyumbang masanya sebagai anggota lembaga di Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Majlis Kebangsaan bagi Masalah Perjudian dan Taman Warisan Melayu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >