Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan Editor ST dilantik anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sejak 1 Jun

Jun 05, 2023 | 06:05 PM



PRESIDEN Halimah Yacob telah melantik mantan editor akhbar The Straits Times, Encik Warren Fernandez, sebagai Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) mulai 1 Jun 2023 bagi tempoh lima tahun.


Ini dimaklumkan satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (5 Jun).

Encik Fernandez, 57 tahun, kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma komunikasi global Edelman Asia Pasifik, dan mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam sektor berita, media dan komunikasi.

Sebelum ini, beliau memegang beberapa jawatan seperti ketua editor kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM) di SPH Media dan Presiden Forum Editor Dunia serta Pengerusi Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times.

Encik Fernandez juga menyumbang khidmatnya kepada beberapa lembaga sektor awam termasuk Lembaga Warisan Negara (NHB), Lembaga Taman Negara (NParks) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA). Beliau kini anggota lembaga Majlis Seni Kebangsaan dan Orkestra Simfoni Singapura (SSO).

Beliau adalah lulusan Maktab Trinity, Universiti Oxford dan memegang ijazah Sarjana Pentadbiran Awam daripada Sekolah Pemerintah John F. Kennedy, Universiti Harvard.

Mengenai pelantikan barunya, Pengerusi PSC, Encik Lee Tzu Yang berkata: “Saya dengan mesranya mengalu-alukan Encik Fernandez ke Suruhanjaya ini. Pengalamannya akan melengkapi kepakaran PSC dan menyokong usaha kami mengenal pasti dan menarik bakat cemerlang daripada latar belakang yang luas untuk mempertimbangkan kerjaya sektor awam.”

Mengenai pelantikannya, Encik Fernandez berkata: “Singapura beruntung mempunyai institusi awam yang sangat dipercayai dan dihormati secara meluas, kededuanya kerana kewibawaan dan keberkesanannya. Ini adalah hasil usaha berterusan oleh generasi pemimpin dan pengemudi silam dan hari ini, tidak kurang pula mereka di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Ia satu penghormatan untuk saya berupaya menyumbang ke arah meneruskan usaha ini dan saya menantikan masa untuk melakukan demikian.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >