Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan Presiden Tony Tan terima ijazah doktor kehormat dari NUS

Jul 06, 2023 | 08:06 PM



Mantan Presiden, Dr Tony Tan Keng Yam, telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Khamis.

Dekan pengasas Sekolah Kesihatan Awam Vanke di Universiti Tsinghua, Dr Margaret Chan, turut menerima pengiktirafan serupa di konvokesyen siswazah NUS Khamis.

Kededua pemimpin dan alumni itu menerima ijazah doktor kehormat, pengiktirafan tertinggi, kerana menyumbangkan khidmat cemerlang dan mempunyai kesan yang besar di Singapura dan di peringkat global.

Ijazah doktor kehormat disampaikan Presiden Halimah Yacob, yang juga merupakan canselor NUS.

Dr Tan dihormati secara meluas atas sumbangan beliau yang luar biasa dalam pelbagai bidang termasuk mengubah sistem pendidikan Singapura, angkatan tentera, pengurusan rizab, dan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan di samping menerajui Kementerian Pendidikan, Kewangan, Kesihatan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Pertahanan.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Singapura.

Sebagai tanda penghormatan kepada kepimpinan Dr Tan yang berwawasan, serta khidmat cemerlangnya kepada Singapura, beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang.

Dr Chan pula menerima Ijazah Doktor Kehormat Sains sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinannya yang berwawasan, serta pencapaian yang membanggakan dalam kesihatan awam antarabangsa,

Beliau juga diiktiraf dalam sokongannya terhadap Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock NUS sebagai pengerusi panel penasihat antarabangsa.

Dr Chan sebelum ini menerima ijazah kehormat pada 2021, tetapi majlis penganugerahan ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.

Mengucapkan tahniah kepada semua siswazah NUS atas pencapaian mereka itu, Presiden Halimah berkata:
“Dedikasi dan kerja keras anda telah membawa anda meraih kejayaan, dan saya memuji anda atas usaha cemerlang anda. Masa depan menjanjikan pelbagai kemungkinan yang tidak diduga, dan saya berharap anda akan terus berjaya.”

Semasa berucap, Dr Tan pula menasihati para pelajar supaya meneruskan pembelajaran sepanjang hayat.

“Dengan teknologi yang makin kerap berubah dalam ekonomi dan masyarakat kita, kita harus menghadapinya dan tidak boleh bergantung kepada kemahiran yang dipelajari selama 12 tahun di sekolah dan empat tahun di universiti sahaja.

“Dalam pekerjaan dan dalam kehidupan peribadi kita, kita perlu belajar untuk memastikan diri kita relevan. Bersikap ingin tahu, mengarahkan pembelajaran anda sendiri, tetapi juga belajar daripada rakan-rakan dan mentor,” kata Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >