Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

MAS halang DBS raih perniagaan baru selama 6 bulan

Nov 01, 2023 | 07:57 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengarahkan agar DBS tidak memperoleh perniagaan baru dalam tempoh selama enam bulan, sebagai respons kepada siri gangguan dalam khidmat bank itu tahun ini.

DBS, pemberi pinjaman terbesar Singapura, juga dikehendaki berhenti selama enam bulan daripada membuat perubahan teknologi maklumat (IT) yang tidak penting.

Bank itu dikehendaki menggantung sementara semua perubahan pada sistem IT, kecuali yang berkaitan dengan keselamatan, pematuhan peraturan dan pengurusan risiko.

“Ini bagi memastikan bank itu menumpukan sumber dan perhatian yang diperlukan untuk mengukuhkan sistem dan kawalan pengurusan risiko teknologinya,” kata MAS dalam kenyataan medianya pada Rabu.

Bank itu juga tidak dibenarkan mengurangkan saiz cawangan dan rangkaian mesin juruwang automatik (ATM) di Singapura.

“Ini bagi memastikan terdapat saluran alternatif yang cukup bagi pelanggan, sekiranya berlaku gangguan seterusnya, sementara bank itu berusaha meningkatkan daya tahan operasi bagi saluran digitalnya,” kata MAS.

Arahan itu berkuat kuasa sehingga MAS berpuas hati dengan kemajuan dalam pelan pemulihan DBS Bank.

Khidmat perbankan dan pembayaran digital DBS dan Citibank telah terganggu selama berjam-jam pada 14 Oktober lalu disebabkan masalah teknikal daripada sistem pendinginan di pusat data kendalian Equinix.

MAS telah mengarahkan DBS dan Citibank untuk menjalankan “penyiasatan menyeluruh”, dan menyatakan kedua-dua bank itu tidak dapat memulihkan sepenuhnya sistem perbankan mereka dalam jangka masa yang diperlukan.

Pada 19 Oktober lalu, MAS turut berkata bahawa pihak bank juga dikehendaki menyediakan pusat data dan sistem sokongan sebagai respons kepada gangguan perkhidmatan.

Gangguan pada 14 Oktober itu merupakan antara beberapa siri gangguan perkhidmatan DBS tahun ini.

Mac lalu, wadah perbankan dan pembayaran dalam talian seperti PayLah! mengalami gangguan khidmat sepanjang sehari. Ini mendorong MAS untuk mengeluarkan kenyataan keras yang berkata prestasi bank itu “kurang daripada jangkaan” disebabkan gangguan yang “tidak boleh diterima”.

Sementara itu, dalam satu kenyataannya, Lembaga Pengarah dan Pengurusan DBS memohon maaf atas siri gangguan dalam khidmat digitalnya tahun ini.

Ia turut berkata bank itu kini memberi keutamaan tinggi untuk menangani pelbagai masalah yang dihadapi.

Menurut DBS, usaha yang dilakukannya termasuk pelancaran pelan hala tuju komprehensif bank itu untuk memperbaiki daya tahan teknologi, yang merangkumi langkah segera dan jangka panjang bagi mengukuhkan tadbir urus teknologi, sumber manusia dan kepimpinan, sistem dan proses.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >