Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS peruntuk rizab asing $2.38b bagi pelaburan hijau

Lima pengurus aset akan lancar dana berkaitan iklim
Jun 10, 2021 | 05:30 AM



DALAM usaha ke arah menjadikan ekonomi Singapura lebih mesra alam, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan memperuntukkan rizab asing sebanyak AS$1.8 bilion ($2.38 bilion) ke lima firma pengurus aset bagi membangunkan portfolio pelaburan berkaitan iklim, di samping mengurangkan pengeluaran karbon dalam operasi bank pusat itu.



Ini diumumkan pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon, setelah bank pusat itu membentangkan laporan kemampanan yang pertama semalam.



"Kewangan merupakan kunci dalam memanfaatkan masa hadapan yang mampan. Ia dapat menyokong peralihan ke ekonomi kurang intensif karbon dengan menyalurkan modal dalam teknologi dan prasarana hijau," kata Encik Menon, dalam sidang akhbar semalam.



Sebagai penjaga rizab asing Singapura, MAS yang menguruskan rizab asing sekitar AS$398 bilion sehingga Mei lalu, juga akan bekerja sama dengan firma pelaburan dana pemerintah Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) dan perunding cara yang lain bagi melaksanakan analisis senario iklim terhadap portfolionya.



Analisis bagi tempoh 20 tahun itu menunjukkan perubahan iklim akan mengurangkan jangkaan pulangan terutama ekuiti dan menimbulkan risiko bagi MAS.



"Oleh itu, kami ingin mengurangkan risiko portfolio pelaburan dalam pelbagai senario iklim, memanfaatkan peluang pelaburan dari peralihan ke masa hadapan karbon yang rendah dan menyokong syarikat yang beralih ke arah itu,'' jelas Encik Menon.



MAS akan membangunkan program risiko iklim bagi portfolio iklimnya yang antara lain akan mengurangkan pendedahan dalam sektor intensif karbon seperti perbekalan.



Tetapi, ia akan mengekalkan pelaburan dalam syarikat yang dapat beralih dengan jayanya bagi mengurangkan pengeluaran karbon.



MAS juga menetapkan matlamat dan strategi bagi mengurangkan pengeluaran karbon dalam operasinya.



"Cabaran terbesar kami ialah mengurangkan kesan sekitaran dalam pengeluaran mata wang," ujar Encik Menon, sambil menambah ia merangkumi 40-60 peratus dari pengeluaran karbon MAS.



"Sejauh mana kemajuan dalam pengurangan karbon dalam operasi mata wang bergantung kepada pengurangan permintaan bagi nota dan duit syiling. MAS akan terus mempromosikan pembayaran elektronik dan menggunakan nota lama $2 yang nampak baru bagi Tahun Baru Cina," katanya.



Selain itu, MAS memerlukan semua bank, firma insurans dan pengurus aset membuat pendedahan kewangan berkaitan iklim menjelang Jun 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >