Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Masa menunggu temu doktor di poliklinik sekitar 17 minit

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



MASA menunggu median untuk bertemu doktor bagi pesakit yang ke poliklinik pada Februari adalah 17 minit.



Sementara 95 peratus pesakit yang ke poliklinik untuk bertemu doktor, perlu menunggu sekitar 164 minit, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.



Menurut Dr Puthucheary, kementerian tidak menjejaki jumlah pesakit yang terpaksa ditolak mahupun jumlah pesakit yang berusia 55 tahun ke atas.



Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan-soalan oleh Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa-Payoh) mengenai masa menunggu purata bagi pesakit yang tidak janji temu di poliklinik, jumlah purata pesakit yang ditolak setiap hari kerana tiada lagi tempat meskipun mereka tiba pada waktu pembukaan poliklinik dan berapa ramai merupakan mereka berusia 55 tahun ke atas.



Kata Dr Puthucheary, memandangkan jumlah pesakit yang ramai, poliklinik-poliklinik setempat umumnya beroperasi berdasarkan janji temu demi mengoptimumkan kapasiti, masa menunggu pesakit serta peruntukan tenaga kerja.



"Bagi pesakit 'walk-in' yang tiada janji temu yang tidak dapat menjamin janji temu pada hari yang sama, poliklinik akan menghulurkan bantuan berdasarkan keperluan perubatan.



"Pesakit yang memerlukan perhatian perubatan segera, akan ditemui doktor manakala kes-kes tidak mendesak, mungkin dinasihatkan agar mendapat rawatan di klinik doktor keluarga berdekatan," jelas beliau.



Pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) boleh menerima subsidi untuk penjagaan kesihatan di klinik-klinik GP Chas.



Usaha memutuskan bantuan atau rawatan oleh poliklinik itu umumnya bergantung kepada usia seseorang pesakit, tambah Dr Puthucheary.



Justeru bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang dijangkakan, lebih banyak poliklinik sedang dibina dan negara ini dalam laluan tepat untuk memenuhi sasaran 32 poliklinik menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >