Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Masagos bentang enam bidang tumpuan bagi sokong keluarga pendapatan rendah

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



MOBILITI SOSIAL DAN PERPADUAN



PEMERINTAH akan memperkukuhkan dasar-dasarnya bagi merangsang keluarga berpendapatan rendah dan menyediakan lebih banyak sokongan untuk mereka, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ia akan juga memperteguh dan menyokong keluarga yang mahu mengubah nasib mereka serta menjalin kerjasama dengan lebih banyak rakan perkhidmatan sosial untuk merangsang masyarakat setempat.



Ini antara enam tumpuan yang akan dilakukan pemerintah dalam usaha membantu keluarga yang memerlukan, menurut Encik Masagos semasa menyampaikan ucapannya pada hari kedua perbahasan mengenai Ucapan Presiden pada Selasa.



Bercakap di Parlimen, Encik Masagos berkata mobiliti sosial merupakan satu isu yang mencabar di dunia dengan banyak masyarakat maju berdepan dengan kadar gaji yang mendatar.



Pemerintah akan perkukuh dasar bagi rangsang kehidupan keluarga gaji rendah



Menurut Encik Masagos, terdapat sesetengah belia di negara lain yang tidak yakin mereka akan mempunyai nasib lebih baik berbanding ibu bapa mereka, dan tidak pasti jika mereka boleh mencapai aspirasi atau jika mereka akan kekal dalam kelas sosial sekarang.



Ekoran itu, masyarakat menjadi rapuh dan perpaduan terhakis di negara-negara yang tidak mempunyai rasa harapan, kata beliau.



"Di Singapura, kita telah memastikan mobiliti sosial terus hidup dari generasi ke generasi.



"Ini terus menjadi janji kami. Kami mahu membina sebuah negara yang akan terus menyajikan peluang untuk keluarga mengubah nasib dan anak-anak mereka boleh mempunyai harapan demi masa depan yang lebih baik dan cerah," ujar Encik Masagos.



Dalam hal ini, beliau berkata pemerintah akan memperkukuh dasar-dasarnya untuk merangsang kehidupan keluarga yang bergaji rendah.



Ia telah melabur secara ketara dalam prasekolah yang dimampui dan bermutu, untuk membina asas kukuh bagi kanak-kanak dan memberikan mereka permulaan yang baik dalam kehidupan.



Di samping itu, Encik Masagos, menambah bahawa pemerintah menyediakan sokongan intensif kepada ibu-ibu dan anak-anak pada peringkat awal menerusi KidSTART.



Sejak dilancarkan pada 2016, lebih 6,200 kanak-kanak telah meraih manfaat.



"Kami tidak menunggu keluarga-keluarga ini untuk tampil ke depan.



"Sebaliknya, kami mendampingi ibu bapa seawal semasa ibu sedang hamil dan bekerjasama dengan satu pasukan sukarelawan dan karyawan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial serta rakan kerjasama masyarakat untuk menyokong kanak-kanak ini demi memberikan mereka peluang mantap di awal kehidupan mereka," jelas Encik Masagos.



Pendekatan ini dapat mengelak jurang di awal kehidupan daripada melarat dan menjadi cabaran lebih besar nanti.



Sokongan turut disediakan untuk keluarga ini menerusi subsidi, bantuan khusus dan skim bagi memastikan pekerja terus digajikan dan memastikan pertumbuhan gaji, tambah beliau.



"Bagaimanapun, lebih banyak boleh dilakukan.



"Kami akan proaktif kerana kami tahu keperluan untuk mengenal pasti isu-isu lebih awal sebelum ia melarat dan menjadi isu lebih besar."



Bagi memastikan keluarga bergaji rendah mendapatkan bantuan dengan cepat dan mudah, dan akhirnya mencapai '3s' - kestabilan, kebergantungan diri dan mobiliti sosial - beliau akur yang pemerintah harus memastikan khidmat disediakan tertumpu kepada keluarga dan mudah diakses.



Tambahnya, program seperti KidSTART dan Project Dian@M3 akan diterapkan lagi dalam program ComLink, agar keluarga boleh menerima bantuan dari satu pusat sehenti.



Dalam ucapannya itu, Encik Masagos turut menekankan pentingnya menyokong keluarga yang bertekad untuk mengubah nasib mereka dengan banyak keluarga kini mengambil langkah aktif demi menjamin masa depan lebih baik.



Semasa latihan Melakar Hala Tuju Singapura, ada yang menyarankan agar pemerintah mencari cara untuk menggalak keluarga sedemikian tetapi mengikut cara yang tidak akan mengikis rasa kebergantungan diri.



Beliau turut menggesa masyarakat dari semua lapisan di Singapura untuk giat membantu merangsang mereka yang memerlukan, kerana usaha membantu golongan itu menjangkaui agensi perkhidmatan sosial dan juga melibatkan perniagaan, jiran dan rakan kerjasama.



"Ia melibatkan kita semua. Kita memerlukan rakan kerjasama untuk berkongsi sumber dan cara bekerja serta mengagihkan modal insan untuk merangsang mereka yang memerlukan," tambah Encik Masagos.



Tekan beliau lagi, tidak ada pemerintah yang boleh mengekalkan mobiliti sosial menerusi usahanya sahaja dan semua orang mempunyai peranan untuk dimainkan bagi menyokong mereka yang memerlukan.



"Mari kita tebarkan jaringan kita dengan lebih luas dan menjangkaui sektor kita sendiri dan bekerjasama menggerakkan matlamat bersama untuk membantu mereka yang memerlukan. Marilah kita bekerjasama untuk memastikan mobiliti sosial terus hidup di Singapura," tegas Encik Masagos.




BERI PELUANG SAMA RATA



"Di Singapura, kita telah memastikan mobiliti sosial terus hidup dari generasi ke generasi.



Ini terus menjadi janji kami. Kami mahu membina sebuah negara yang akan terus menyajikan peluang untuk keluarga mengubah nasib dan anak-anak mereka boleh mempunyai harapan demi masa depan yang lebih baik dan cerah."



PENDEKATAN PROAKTIF BAGI KIDSTART



"Kami tidak menunggu keluarga-keluarga ini untuk tampil ke depan.



Sebaliknya, kami mendampingi ibu bapa seawal semasa ibu sedang hamil dan bekerjasama dengan satu pasukan sukarelawan dan karyawan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial serta rakan kerjasama masyarakat...



Bagaimanapun, lebih banyak boleh dilakukan.



Kami akan proaktif kerana kami tahu keperluan untuk mengenal pasti isu-isu lebih awal sebelum ia melarat dan menjadi isu lebih besar."



SALING TEBAR JARINGAN HULUR BANTUAN



"Mari kita tebarkan jaringan kita dengan lebih luas dan menjangkaui sektor kita sendiri dan bekerjasama menggerakkan matlamat bersama untuk membantu mereka yang memerlukan. Marilah kita bekerjasama untuk memastikan mobiliti sosial terus hidup di Singapura."



- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Menteri Kedua Kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >