Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos di Saudi, turut bincang mengenai haji tahun ini

Mar 28, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sedang mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi mulai kelmarin hingga 1 April.



Encik Masagos dijadual bertemu Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah, untuk membincangkan perkara berkaitan musim haji akan datang yang dijadual pada Julai ini.



Beliau, juga Menteri Kedua Kesihatan, dijadual bertemu dengan beberapa pegawai Saudi lain di samping menyertai satu dialog dengan pelajar Singapura di Riyadh dan Madinah, demikian menurut satu kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Dalam lawatan itu, beliau diiringi Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, dan pegawai kanan lain.



Di Parlimen awal bulan ini, Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata Singapura sedang menantikan butiran lanjut tentang sama ada kerajaan Saudi akan membuka musim haji tahun ini kepada jemaah antarabangsa dan juga mengenai peningkatan kuota jemaah haji bagi negara ini.



Malah bulan lalu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu panggilan bersama Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammad Salman, meluahkan harapan agar permintaan Singapura agar kuota haji ditambah dapat dipertimbang dengan baik apabila ibadah haji disambung bagi jemaah antarabangsa.



Berita Harian melaporkan sebelum ini bahawa sekitar 38,000 pemohon telah mendaftar dengan Muis untuk menunaikan haji pada tahun-tahun mendatang.



Buat masa ini, Saudi memperuntuk 900 tempat rasmi bagi Muslim Singapura setiap tahun. Sejumlah 900 jemaah Singapura menunaikan haji pada 2019 selepas kuota haji ditambah 100 tempat.



Kerajaan Saudi sejauh ini belum membuat sebarang pengumuman sama ada jemaah antarabangsa akan dibenarkan menunaikan ibadah haji tahun ini.



Sejak dua tahun lalu, ibadah haji tidak dibuka kepada jemaah antarabangsa ekoran penularan Covid-19 di Saudi dan serata dunia.



Sementara itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan pemansuhan semua sekatan koronavirus Covid-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >