Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENINGKATAN KES COVID-19

Masagos gesa masyarakat kerjasama jelang Raya demi elak penularan

Meskipun langkah yang diperketat menghampakan, tempoh beberapa minggu mendatang genting untuk bendung jangkitan
May 06, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH diperketat yang diumumkan pemerintah bagi membendung jangkitan Covid-19 dalam masyarakat boleh menghampakan ramai yang telah membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.



Namun, beberapa minggu akan datang ini adalah genting dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 dan kita harus bekerjsama bagi mengelak tempoh pemutus litar, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam mengumumkan bilangan orang yang dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid pada satu masa - termasuk bagi baki solat tarawih dan solat Hari Raya Aidilfitri - akan dihadkan kepada 100 orang.



Ini menyusuli pengumuman Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi Covid-19 (MTF) kelmarin, yang mengehadkan bilangan pengunjung ke rumah kepada lima orang berbeza sehari.



Langkah-langkah yang diperketat ini berkuatkuasa lusa ini dan diambil berikutan bilangan kes Covid-19 yang melonjak di sini, termasuk kes-kes yang melibatkan virus varian baru.



"Kes-kes baru ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh lalai dalam membendung wabak ini dan mematuhi langkah-langkah jarak selamat.



"Kes-kes ini timbul daripada varian baru yang dikatakan lebih tular dan lebih berbahaya, mencetuskan kelompok-kelompok yang lebih besar berbanding sebelum ini," ujar Encik Masagos.



"Oleh itu, saya berharap kita semua dapat bersabar buat masa kini dengan menyambut Hari Raya dengan selamat dan bertanggungjawab untuk melindungi diri kita dan orang-orang di sekeliling kita, khususnya warga emas, wanita yang hamil dan kanak-kanak."



Menambah, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), menggesa masyarakat Melayu/Islam supaya menyambut Hari Raya dengan cara yang selamat sebagaimana yang dilakukan pada tahun lalu.



Hari Raya tahun lalu jatuh semasa tempoh pemutus litar, dengan kunjungan ke rumah tidak dibenarkan.



"Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya pada tahun ini, jika keadaan mengizinkan, kita masih dapat mengeratkan silaturahim dengan keluarga dan sanak saudara walaupun terhad. Dan kita pun sudah terbiasa dengan menggunakan wadah-wadah dalam talian seperti Zoom dan sebagainya. Inilah cara kita melindungi diri kita dan orang yang kita sayangi," kata Encik Masagos lagi.



Menurut Encik Masagos, kes-kes Covid-19 yang timbul di sini dan negara lain adalah satu peringatan bahawa perjuangan menentang Covid-19 belum lagi berakhir.



Beliau menggesa masyarakat agar mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 apabila ia ditawarkan.



"Kita telah sama-sama membuat pelbagai penyesuaian dan pengorbanan sebelum ini yang telah mendatangkan kemajuan yang baik.



Tentu sekali kita boleh melakukannya kali ini demi kebaikan kita bersama, insya-Allah. Moga Allah membalas kesabaran kita menempuh cabaran yang belum reda," kata Encik Masagos.



"Marilah kita semua mematuhi langkah-langkah ini untuk menjadikan Hari Raya lebih selamat dan bantu membanteras virus ini," tambahnya.




"Kes-kes baru ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh lalai dalam membendung wabak ini dan mematuhi langkah-langkah jarak selamat. Kes-kes ini timbul daripada varian baru yang dikatakan lebih tular dan lebih berbahaya... Oleh itu, saya berharap kita semua dapat bersabar buat masa kini dengan menyambut Hari Raya dengan selamat dan bertanggungjawab untuk melindungi diri kita dan orang-orang di sekeliling kita, khususnya warga emas, wanita yang hamil dan kanak-kanak."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >