Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos hadiri mesyuarat sosiobudaya Asean di Phnom Penh

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah menghadiri Mesyuarat Majlis Masyarakat Sosiobudaya Asean (ASCC) di Phnom Penh, Kemboja, semalam.



Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam, mesyuarat itu membincangkan pelbagai inisiatif sosio-budaya yang akan dikemukakan kepada Sidang Puncak Asean yang ke-40 dan ke-41.



Encik Masagos antara lain berkongsi bahawa Singapura telah menetapkan tahun 2022 sebagai Tahun Meraikan Keluarga SG.



Beliau turut berkongsi tentang komitmen Singapura kepada pembangunan wanita Singapura menerusi Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen.



Majlis ASCC itu merupakan antara tiga Majlis Masyarakat Asean, dengan yang dua lagi merupakan Majlis Masyarakat Politik-Keselamatan Asean dan Majlis Masyarakat Ekonomi Asean.



ASCC antara lain membincangkan agenda sosial Asean berhubung sekitaran, pendidikan, maklumat, budaya, kesihatan, belia, wanita, kanak-kanak, pekerja, sukan, kebajikan sosial, pembangunan kawasan luar bandar, usaha menghapus kemiskinan serta latihan perkhidmatan awam.



Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, juga dijadual bertemu dengan beberapa menteri Kemboja hari ini.



Beliau turut diiringi beberapa pegawai daripada MSF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >