Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos harap sumbangan warga S’pura dapat bantu penduduk Gaza

Dec 01, 2023 | 05:09 PM



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berharap sumbangan warga Singapura menghulur bantuan kemanusiaan dapat membantu penduduk Gaza.

Beliau melahirkan rasa bersyukur Pesawat A330 Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang membawa bantuan kemanusiaan dari Singapura telah tiba di Lapangan Terbang El-Arish, di Mesir, pada Khamis.

“Semoga sumbangan ikhlas kita semua dari Singapura ini dapat membantu para penduduk Gaza,” kata Encik Masagos dalam satu pos di Facebook pada Jumaat.

Pesawat RSAF itu telah kembali ke Singapura dan selamat mendarat di Pangkalan Udara Changi (Timur) pada pagi Jumaat, menurut RSAF.

Pada awal pagi Khamis, pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Changi (Timur) untuk menghantar bekalan segera bagi menyelamatkan nyawa untuk warga Palestin di Gaza sementara talian bekalan kemanusiaan masih dibuka.

Ia merupakan bantuan kemanusiaan kedua yang dihantar oleh Singapura ke Mesir, dan merangkumi bekalan perubatan, farmaseutikal, selimut, barangan sanitasi, penapis air dan makanan.

Seramai 46 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), terdiri daripada juruterbang, anak kapal, jurutera, dan anggota keselamatan tentera darat, dikerah membantu dalam persediaan dan penghantaran bantuan kemanusiaan itu.

Bantuan pertama telah diserahkan oleh Persatuan Palang Merah Singapura (SRCS) dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) pada 11 November di Kahirah, Mesir, dengan disaksikan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Sehingga kini, bantuan wang tunai dan barangan bernilai lebih $7 juta telah dikumpul untuk menyokong usaha bantuan kemanusiaan di Gaza.

Bekalan yang terbaru ini disediakan Kementerian Kesihatan (MOH) dan SAF, dengan kerjasama badan-badan bukan pemerintah iaitu SRCS, Mercy Relief dan Relief Singapore.

Semuanya telah diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) yang kini membuat persiapan untuk menghantarnya ke Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >