Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

RSAF hantar bantuan kemanusiaan bagi warga Palestin di Gaza

Nov 30, 2023 | 05:30 AM



Pemerintah Singapura telah mengerahkan sebuah pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) untuk menghantar bekalan segera bagi menyelamatkan nyawa orang awam di Gaza, memandangkan gencatan senjata telah dilanjutkan antara Israel dengan Hamas, dan pembukaan sempadan untuk lebih banyak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.

Bantuan kemanusiaan itu, yang terdiri daripada ubat-ubatan, bekalan perubatan, selimut, barangan sanitasi, penapis air dan makanan, telah dibungkus dan dihantar ke Mesir menerusi Pengangkutan Kereta Kebal Pelbagai Peranan (MRTT) RSAF pada malam Rabu.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad berada di Pangkalan Udara Changi (Timur) untuk menghantar kru RSAF, bersama Duta Mesir yang dilantik ke Singapura, Encik Ahmed Mostafa Abdelaal Mohamed, wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin, Encik Hawazi Daipi dan wakil badan bukan pemerintah (NGO) yang mengambil bahagian.

Bercakap kepada media, Dr Vivian berkata bahawa pemerintah sedar bahawa ramai rakyat Singapura amat prihatin terhadap nasib warga Palestin di Gaza dan beliau terharu banyak NGO dan rakyat Singapura telah tampil untuk menderma dan membantu.

“Kami berterima kasih dengan sokongan dan pengumpulan dana oleh Palang Merah Singapura (SRC), Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), Mercy Relief, Relief Singapore dan banyak NGO Singapura yang lain.

“SAF melancarkan penerbangan khas ini untuk menghantar bekalan perubatan dan kemanusiaan yang sangat diperlukan.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Mesir dan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) atas sokongan mereka dalam memudahkan penghantaran bekalan penting ini kepada orang awam di Gaza,” kata Dr Vivian.

Sebelum penghantaran itu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) telah menghubungi dan bekerjasama dengan ERC untuk menentukan bekalan yang paling diperlukan.

Pakej yang dihantar pada Rabu malam diselaraskan oleh Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Serantau Changi (RHCC) SAF dan termasuk sokongan daripada Kementerian Kesihatan (MOH), Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), serta Palang Merah Singapura, Mercy Relief dan Relief Singapore.

Setibanya bantuan di Mesir, Duta Besar Singapura ke Mesir, Encik Dominic Goh akan menyaksikan penyerahan pakej kemanusiaan itu kepada ERC.

Encik Zaqy berkata beliau mengalu-alukan sokongan SAF untuk menyokong sumbangan bantuan kemanusiaan Singapura ke Gaza melalui RHCC SAF dan RSAF.

“Keupayaan RHCC untuk menyelaras dan menyatukan bekalan dalam masa yang singkat adalah bukti kepada hubungan yang kukuh dan sokongan bersama merentas NGO dan agensi seluruh pemerintah.

“Saya berterima kasih kepada ERC kerana membantu mengagihkan bekalan kepada mereka yang memerlukan, dan saya memuji kakitangan RHCC, RSAF, dan SAF kerana bersedia apabila dipanggil,” kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >