Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Ibadah haji jemaah SG berjalan lancar tahun ini

Ucap terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi undang, tambah tempat haji bagi warga SG * Syukur semua jemaah SG dibenar wuquf di Arafah meskipun ada diuji positif Covid-19
Jul 13, 2022 | 05:30 AM



KESEMUA 890 jemaah Singapura telah selesai menunaikan ibadah haji yang berjalan lancar tahun ini walaupun ada sedikit kesukaran yang perlu dihadapi, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Dengan peningkatan dalam prasarana dan perancangan daripada pihak berkuasa Arab Saudi, perkara rukun dan wajib haji seperti melontar jamrah di Mina dapat dilakukan tanpa kesesakan yang dilihat berlaku dalam beberapa dekad lalu.



Sementara itu, Singapura juga telah mengambil langkah bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 walaupun beberapa jemaah disahkan positif ketika di Arab Saudi.



Namun, kesemua mereka hanya mengalami simptom ringan dan tidak seorang pun yang dimasukkan ke hospital.



Menerusi satu kiriman video yang merumuskan ibadah haji jemaah Singapura yang dirakam kelmarin, Encik Masagos, yang mengetuai rombongan haji Singapura tahun ini, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana mengundang warga Singapura untuk menunaikan ibadah haji tahun ini setelah ibadah itu ditangguh selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, dan kerana menawarkan tambahan tempat pada saat akhir.



Arab Saudi telah menawarkan tambahan 493 tempat jemaah haji, di samping sebanyak 407 tempat yang ditawarkan sebelum ini.



Tetapi, 890 warga Singapura menunaikan ibadah tersebut tahun ini kerana 10 tidak mendapat keputusan negatif bagi ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) Covid-19.



"Hampir seminggu di sini, Alhamdulillah saya dapat melihat bahawa semua jemaah yang saya temui begitu gembira sekali dapat menjalankan ibadah haji mereka dengan tenang. Walaupun memang ada kesusahan sedikit sebanyak, tetapi masih puas menjalankan ibadah haji mereka," kata Encik Masagos yang bertolak ke Madinah semalam dan berangkat pulang ke Singapura hari ini.



Beliau berkata, kerjasama erat antara pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), ejen penjualan pakej haji (GSA), pihak Arab Saudi dan muassasah telah melancarkan semua urusan berhubung tambahan tempat walaupun dalam keadaan masa yang suntuk iaitu kurang dua minggu sebelum masuk bulan Zulhijah.



Encik Masagos juga berkata perkara rukun dan wajib haji seperti wuquf di Arafah dan melontar jamrah di Mina telah dipermudahkan dengan prasarana yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi yang sangat mendukung.



"Tidak berasak-asak seperti dekad-dekad yang lalu. Setiap jemaah dari semua negara diatur bergilir-gilir untuk melakukan lontaran mereka dan kita tidak perlu berebut-rebut. Dengan prasarana yang baru ini, sangat luas dan sangat mudah dan begitu selamat untuk semua melakukannya dengan selesa sekali," kata Encik Masagos.



Sekitar 44 jemaah diuji positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu selepas wuquf tetapi mereka hanya mengalami simptom ringan dan tidak seorang pun dimasukkan ke hospital.



Sebagai langkah berjaga-jaga, Encik Masagos berkata Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) Muis telah mula mengagihkan kit ujian pantas antigen (ART) kepada GSA untuk diberikan kepada jemaah untuk digunakan apabila berangkat ke tempat lain atau sebelum mereka berangkat pulang ke tanah air.



Encik Masagos menasihatkan jemaah agar mengasingkan diri selama lima hingga tujuh hari selepas pulang ke Singapura kerana dikhuatiri mereka membawa jangkitan yang belum dikesan.



Mereka dinasihatkan agar melakukan ujian ART jika perlu keluar rumah dalam tempoh itu.




Laporan lanjut: Jemaah SG diuji positif tak perlu rawatan hospital, dapat tunai ibadah haji




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >