Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Masagos: Keharmonian agama, kaum tidak boleh dipandang ringan

Penting terus mengesahkan nilai yang dikongsi bersama, usaha ke arah kukuhkan kebaikan bersama
Apr 03, 2021 | 05:30 AM



KEHARMONIAN agama dan kaum yang dinikmati di Singapura hari ini sangat berharga dan unik.



Oleh itu, warga tidak boleh mengambil ringan kepercayaan dan keyakinan yang telah dibangunkan, malah adalah penting untuk terus mengesahkan nilai-nilai yang dikongsi sama dan berusaha ke arah mengukuhkan kebaikan bersama.



Demikian dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu kiriman Facebook pada hari cuti umum Good Friday semalam.



"Singapura antara segelintir negara di dunia di mana masyarakat agama berbeza dapat mengamalkan kepercayaan kita dan hidup dengan harmoni bersama satu sama lain.



"Keharmonian agama dan kaum yang kita nikmati di Singapura hari ini adalah berharga dan unik. Dan ia tidak berlaku secara kebetulan.



"Perintis kita sangat memahami bahaya perselisihan. Mereka melaluinya. Oleh itu mereka berusaha membangunkan kepercayaan dan keyakinan antara masyarakat berbeza. Kita tidak boleh sekali-kali mengambil ringan perkara ini," kata Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Beliau menambah, sedang masyarakat di serata dunia semakin berpecah belah, adalah penting bagi warga Singapura menegaskan nilai-nilai yang dikongsi sama dan berusaha ke arah mengukuhkan kebaikan bersama.



Encik Masagos turut meluahkan keyakinan bahawa dengan kesatuan yang lebih besar dan pemahaman yang lebih mendalam, warga akan dapat menjaga keharmonian sosial di Singapura dan membina masa depan yang dikongsi dan cerah untuk generasi akan datang.



Dalam kiriman Facebook itu, Encik Masagos menerangkan bahawa Good Friday ialah hari penting bagi penganut agama Kristian sedang mereka memperingati kematian Jesus Christ.



Mereka kemudian meraikan kebangkitan semula Jesus Christ pada Easter Sunday esok.



"Sangat menggembirakan untuk melihat bagaimana di Singapura, orang-orang yang berlainan agama mengucapkan selamat menyambut Good Friday kepada rakan-rakan Kristian kita," kata Encik Masagos.



Beliau menambah, dalam masa dua minggu, masyarakat Islam pula akan menyambut bulan suci Ramadan iaitu masa untuk mengukuhkan keimanan dengan berpuasa, solat dan renungan mendalam.



"Seperti yang telah dilihat sepanjang beberapa tahun kebelakangan, rakan-rakan bukan Islam kita juga akan meraikan bulan ini dengan kita, mengeratkan hubungan semasa jamuan berbuka puasa atau berkumpul untuk membantu menyebarkan keceriaan di kalangan individu dan keluarga rentan.



"Ini benar-benar semangat Singapura, di mana kita meraikan perbezaan kita, kerana kita sedar kesamaan kitalah yang mengukuhkan perpaduan sosial kita.



"Agama dan tradisi kita masing-masing tidak memisahkan kita tetapi memperkasakan kita dengan makna, nilai dan prinsip yang membolehkan kita menjadi masyarakat yang padu dan bekerjasama demi kemajuan negara kita, tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama," kata Encik Masagos.




"Singapura antara segelintir negara di dunia di mana masyarakat agama berbeza dapat mengamalkan kepercayaan kita dan hidup dengan harmoni bersama satu sama lain. Keharmonian agama dan kaum yang kita nikmati di Singapura hari ini adalah berharga dan unik. Dan ia tidak berlaku secara kebetulan. Perintis kita sangat memahami bahaya perselisihan. Mereka melaluinya. Oleh itu mereka berusaha membangunkan kepercayaan dan keyakinan antara masyarakat berbeza. Kita tidak boleh sekali-kali mengambil ringan perkara ini"
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >